WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Friday, November 18, 2011

HARIMAU MUDA MEMBAHAM SANG GARUDA U-23

 HARIMAU MUDA vs Sang Garuda U-23

Ucapan Tahniah Dari Jurulatih Negara Kim Swee Kepada Pemain Harimau Muda

EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok. 

 Wira Negara "Syahrul Azwari"

Di Kolej Kediaman Wang Ulu UniMAP pula, telah mengadakan SANTAI BOLA @ Wang Ulu dengan menyiarkan siarang langsung menggunakan screen besar bertempat di Dewan Terbuka Wang Ulu dengan sambutan hangat dari para penghuni mahupon pelajar UniMAP yang datang menyokong pasukan negara... Setelah berbincang kemungkinan program ini akan diteruskan dengan perlwanan separuh akhir "MALAYSIA vs Myanmar"... 

Sunday, October 30, 2011

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK "PIALA MALAYSIA" @ WANG ULU

Juara Baru Edisi 2011 = Negeri Sembilan
 
Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia telahpon berlangsung semalam dengan pertemuan diantara Negeri Sembilan vs Terengganu yang telah dimenangi oleh Negeri Sembilan (2-1) bertempat di Stadium Shah Alam... Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.

Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia...Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium... Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59. 

Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan... Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee... Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.

Apa yang lebih menarik yang berlaku adalah di Kolej Kediaman Wang Ulu, UniMAP apabila Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) Universiti Malaysia Perlis telah menganjurkan satu program "SANTAI BOLA @ WANG ULU' dengan kerjasama Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP... Program bermula dari pukul 4.00 petang lagi dengan aktiviti Futsal Ria... sebanyak 8 team telah mengambil bahagian bagi ketegori lelaki mahupun wanita...

Aktiviti diteruskan pada malamnya dengan siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia, bertempat di Dewan Wang Ulu dengan menggunakan screen LCD yang besar untuk tontonan ramai... Kehadiran pada malam tersebut amat bagus dengan sekitar lebih kurang 250 orang dan sangat meriah dengan sorakan penyokong dari penyokong Sang Rusa mahupun Penyu... Akitiviti malam itu diselitkan juga dengan cabutan bertuah kepada para penyokong yang hadir... Program tamat setelah Negeri Sembilan dinobatkan juara Piala Malaysia dan penyampaian hadiah kepada para pemenang Futsal dan cabutan bertuah...

MASYITAH WANITA PENGHULU SYURGA

Gambar Sekadar Hiasan Muslimah Terpuji
 ...
 WANITA YANG PATUT DICONTOHI MUSLIMAH ERA GLOBALISASI...

Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga.

Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.

Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah engan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN sekalian alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah Tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai Tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH."

Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. 

Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya.
Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku. Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,

"Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran."

Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.

Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Apabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.

Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.


Sumber : ILuvIslam.com

Thursday, October 27, 2011

BILA ANDA PERNAH KESEORANGAN?

ALLAH ALWAYS BY YOUR SIDE...

Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.

Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Percayalah Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)

Tuesday, October 25, 2011

PENYELIDIK UNIMAP HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI BIS 2011

Sambutan Kepada Para Penyelidik UniMAP, Bertempat Di Lapangan Terbang Pulau Pinang

KANGAR, 23 Okt (Bernama) -- Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Khas Berlian iaitu anugerah tertinggi pada Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi British (BIS) 2011 di London yang berakhir semalam.

UniMAP memenangi anugerah itu melalui produk penghasilan simen dan konkrit yang mesra alam iaitu "A Novel Environmental Friendly Cement and Concrete" yang dikemukakan oleh penyelidik dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP, Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.


Turut menjayakan penyelidikan produk itu yang turut menerima anugerah Emas pameran itu ialah Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin sebagai penyelidik bersama untuk meletakkan universiti itu mengungguli kedudukan pingat bagi penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.


Mohd Mustafa bersyukur dengan pencapaian tertinggi yang diraihnya selepas kejayaan meraih pingat emas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2011) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bulan lalu.


"Kejayaan yang diraih pada pameran kali ini amat bermakna memandangkan ia merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang saya jalankan untuk pengajian saya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan UniMAP di sini hari ini.


Mohd Mustafa berkata, produk itu merupakan satu sistem penghasilan simen atau konkrit tanpa simen yang dihasilkan melalui campuran abu terbang atau tanah liat tertentu yang kemudiannya dicampurkan dengan sebatian kimia dan bersifat mesra alam.


Sistem penghasilan konkrit tanpa simen atau sistem geopolimer ini mempunyai pelbagai aplikasi yang agak luas dan mempunyai potensi besar untuk menyokong industri simen dan konkrit binaan di masa akan datang.


BIS 2011 yang berlangsung di Old Spitalfields Market, London mulai 19 hingga 22 Okt disertai oleh 15 negara termasuk Russia, Arab Saudi, Taiwan, Romania, Sepanyol, Australia, Ireland selain negara tuan rumah United Kingdom.


Pertandingan ini menawarkan Anugerah Khas Berlian iaitu anugerah tertinggi diikuti Anugerah Khas Platinum dan Anugerah Khas Pingat Emas Berganda.


Selain itu, setiap produk yang menyertai pameran dan pertandingan ini juga akan dinilai untuk menentukan kedudukan pingat emas, perak atau gangsa bagi pameran.


Sementara itu, Delegasi UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Ismail Daut mengemukakan lima produk penyelidikan yang kesemuanya memberi sumbangan pingat.


Selain Mohd Mustafa yang meraih Anugerah Khas Berlian, Prof Dr Ismail Daut turut membanggakan Malaysia menerusi Anugerah Khas Platinum melalui produknya "Photovoltaic Powered Inverter without Transformer."


Turut meraih Anugerah Khas ialah, Dekan Pusat Pengurusan Penyelidkan dan Inovasi, Prof Dr Syed Alwee Aljunid dengan produk penyelidikannya "OCDMA Systems Using Random Diagonal Code" yang mendapat Anugerah Khas Emas Berganda.


Dua lagi produk memenangi pingat perak iaitu "Agriculture Fertigation Robot" melalui penyelidik Jefri Efendi Mohd Salih dan "Natural Adsorbent" ciptaan penyelidik muda UniMAP iaitu Nurfaiza Mohamud.

Monday, October 24, 2011

AIR MATA SEORANG LELAKI

Lelaki Yang Menangisi Kesalahannya, Besar Hikmahnya Kelak

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Sumber : IluvIslam.com

KALAU ALLAH ITU MAHA BAIK, KENAPA DIJADIKAN NERAKA???

Wanita Mulia, Wanita Menutup Aurat

ni kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" [I]Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi, tokey, judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga." 
 
 
Sumber : ILuvIslam.com

PELAJAR SERAH TUBUH REBUT GELARAN "RATU X"

 Bila Iman Sudah Tiada, Akidah Entah Kemana!!!
 
          "Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga hendaklah golongan yang berada atau menpunyai ramai kawan dan pengaruh."

       Inilah budaya terbaru yang terjadi di kalangan pelajar yang sanggup menggadaikan maruah untuk jantan berada serta sanggup menipu ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan gelaran Ratu X. Mereka ini sering lepak di pusat membeli-belah terkemuka di bandar pada hujung minggu sambil menunggu lelaki yang ingin meniduri mereka.

          Mereka yang dapat meniduri ramai lelaki berada akan bermegah-megah pula dan akan digelar Ratu X..Subhanallah,dunia akhir zaman.teruk,rosak,punah.. Pelajar seumur 16 tahun pun dah sanggup gadaikan maruah dan menyerah tubuh semata-mata untuk bermegah-megah.

          Selain itu gelaran Raja X juga ada untuk lelaki yang meniduri seramai mana wanita yang lepak di situ, sanggup mendermakan teman wanita dan sanggup mengeluarkan wang untuk wanita-wanita itu. 


sumber : Harian Metro

Friday, October 21, 2011

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN

Apakah Perbezaan Manusia Di Atas? Tiada, Melainkan Keimananya...
Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat
kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik
dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang
tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan
ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

AYAT RUQYAH

 

Assalamualaikum...sejak akhir-akhir ni, kolej kediaman kita selalu terjadi gangguan seperti histeria, rasukan dan sebgainya..di sini, saya nak kongsikan ckit tentang AYAT RUQYAH @ ayat melemahkan makhluk bernama JIN/SYAITAN...

bukan kita hendak tunjuk berani atau sebagainya, tetapi sebagai amalan dan tindakan awal jika berlaku lagi perkara2 tersebut yang melibatkan roomate, housemate, kwn2, atau ahli keluarga terdekat sebelum memanggil orang yang lebih arif....
jika berlaku lagi, amalkan ayat ruqyah...
ayat ruqyah ni boleh la dibaca ketika menghadapi mangsa...

Surah juzuk ayat
Al-Fatihah 1 seluruhnya
Al-Baqarah 1 1-5
Al-Baqarah 1 102
Al-Baqarah 2 163-1641
Al-Baqarah 3 255
(ayat Kursi)
Al-Baqarah 3 285-286
Ali-Imran 3 18-19
Al-'Araf 8 54-56
Al-'Araf 9 117-122
Yunus 11 81-82
Toha 16 69
Al-Mukminun 18 115-118
As-Soffaat 23 1-10
Al-Ahqaaf 26 29-32
Ar-Rahman 27 33-36
Al-Hasyr 28 21-24
AL-Jin 29 1-9
Al-Ikhlas 30 seluruhnya
Al-Falaq 30 seluruhnya
An-Naas 30 seluruhnya

ayat ni juga boleh dibaca atau boleh dipasang (jika dalam bentuk audio) di dalam bilik, untuk mengesan kehadiran makhluk yang tidak diundang..jika terdapat tanda2 berikut, jumpalah orang yang lebih arif...

Rasa gelisah
Rasa sesuatu bergerak dibadan
Panas atau sejuk
Sakit bertambah sekejap tetapi hilang kemudian
Hendak muntah atau loya ,sendawa
Jika ada gangguan dirumah,sesuatu bunyi aneh mungkin dapat didengari atas atap,bunyi binatang lain2

apa2 pn, kita just berusaha...ingat...JANGAN TAKUT PADA MAKHLUK...janji kita berniat ayat tersebut sebagai titian kita memohon bantuan ALLAH... jgn sesekali berniat bahawa ayat tersebut mujarab utuk lawan makhluk2 tersebut... tetapi yang sebenarnya yang melawan dan menghalang kejadian tersebut adalah ALLAH bukan sesiapa muhupun ayat tersebut. InsyaALLAH... bertawakal selepas itu, InsyaALLAH...amaran: yang versi audio tidak boleh dipasang ketika memandu tau...dikhuatiri boleh diganggu konsentrasi sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini...

Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE