WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, August 22, 2011

SOLAT - SOLAT SUNAT (QIAMULAIL)



Assalamualaikum…
            Qiamulail adalah pekerjaan yang dilakukan setelah 2/3 malam dengan bangun daripada tidur lalu merlakukan ibadat kepada ALLAH SWT, seperti solat-solat sunat, zikirullah, membaca Al-Quran, dan sebagainya kebaikan bagi memohon kemapunan, nikmat pahala, membebaskan diri dari api neraka, memohon keredhaannya dan sebagainya kebaikan serta keberkatan dari pada-NYA… Kita juga sekarang berada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan yang mulia, dan telah dijanjikan ALLAH satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan… Dan di akhir-akhri inilah kita mesti mecari keberkatan Ramadhan ini untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT…

            Kebanyakkan ibadat sunat yang dituntut oleh ALLAH, adalah solat-solat sunat terutama di malam hari dan telah dijanjikan oleh-NYA 1001 kebaikan dan pahala kepada hamba-NYA yang melakukannya… Antara solat sunat semasa malam hari (Qiamulail) Solat Sunat Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan sebagainya…

            Hadith Rasulullah SAW “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam, bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya maka aku(Aishah RA) berkata pada baginda, mengapa Ya Rasulullah SAW lakukan ini semua, bukanlah Tuan Hamba telah diampunkan perkara (dosa) terdahulu dan terkemudian? Sabdanya bukanlah aku ini hambar yang bersyukur”.

Dari Hadith diatas dapat ditunjukkan oleh manusia terpilih bernama Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Nabi dan Rasul yang dosanya telah diampunkan dari dulu dan akan datang namun Baginda tetap memperbanyakkan ibadatnya untuk mencari keampunan dan keredhaan ALLAH SWT… Bagaimana pula kita, manusia yang sering lalai dan melakukan kemungkaran serta hidup bergelumang dengan dosa. ALLAHU AKHBAR. Jadi, dengan perbanyakkan ibadat sunat selain wajib seperti solat sunat dapat kita memohon ampun dan mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT dan mencari keredhaannya serta mencari bekalan untuk diri sendiri pabila Akhirat menjelma… TEPUK DADA TANYA IMAN!!!

p/s : nantikan, serba sedikit mengenai jenis-jenis solat sunat yang dituntut oleh ALLAH SWT serta solat yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW dan cara-cara untuk mengerjaknnya… didalam post yang akan datang…. Semoga kita peroleh keberkatannya… INSYAALLAH…

Sunday, August 21, 2011

MALAM LAILATUL QADAR

Malam Yang Lebih Baik Dari 1000 Bulan
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Syukur kita kepada ALLAH kerana masih memberi kehidupan dan nyawa kepada kita semua untuk terus melakukan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR… Di kesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan ini lah kita perlu memperbanyakkan pahala dan menghapuskan dosa-dosa yang lalu dengan memohon taubat… Dengan 10 malam Ramadhan terakhir ini, ALLAH telah menjanjikan Pembebasan dari Api Neraka kepada kita dan malam yang ;ebih baik dari 1000 Bulan iaitu Malam Lailatul Qadar…

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.

Malam Lailatul Qadar adalah satu-satunya malam yang penuh dengan  keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan (Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).. Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Antara Amalan-Amalan Mulia Untuk Mendapatkan Keberkatan Lailatul Qadar :
1)    Qiamulail
2)    Zikirullah
3)    Berdoa
4)    Membaca Al-Quran
5)    Bermunajat
6)    Dan banyak lagi amalan yang diredhai ALLAH



“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIM TUHIBBUL,
‘AFWA FA’FU ANNI”.
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”

Wednesday, August 17, 2011

NUZUL AL-QURAN



Assalamualaikum.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam memperingati serta mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam agama Islam seperti Perang Badar iaitu Perang pertama dan khususnya Hari Nuzul Al-Quran. Tahun ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ogos 2011. Memang sesuai sekali dengan peristiwa Nuzul Al-Quran yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia iaitu 17 Ramadhan 1432H.

PERISTIWA BESAR

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

 Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

AMALAN YANG SERING DILAKUKAN PADA NUZUL AL-QURAN

Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

Allah dah menjanjikan permulaan Ramadhan itu Rahmat, Pertengahannya adalah MAGHRIFAH (Keampunan) dan Penghujungnya adalah Kebebasan daripada Api Neraka. Jadi tanggal 17 Ramadhan masih dalam pertengahan bulan Ramadhan jadi ini adalah masa MAGHRIFAH. Jadi inilah masanya juga kita perlu perbanyakkan amalan-amalan baik terutama yang sunat seperti Zikirullah, Solat Sunat, Membaca Al-Quran dan sebagainya agar kita memperoleh keampunan dari yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA BESAR. Dan kita juga akan melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan yang salah satu malamnya lebih baik dari 1001 malam. Jadi kita ambil tarikh besar Nuzul Al-Quran ini agar bermula mencari Fadhilatnya sebelum terlambat… InsyaALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE