WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Tuesday, July 31, 2012

HUKUM MENONTON AURAT WANITA DI TV SEMASA BULAN RAMADHAN



Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

PERSOALAN:

USTAZ, ada banyak rancangan di televisyen yang memaparkan wanita yang tidak menutup aurat, termasuk pada Ramadan. Dan kita, tanpa sedar, turut menontonnya. Persoalannya, adakah perkara ini akan mengurangkan pahala puasa?


JAWAPAN:
RASULULLAH SAW bersabda dalam satu hadis riwayat. Sudah jelas bahawa membuka atau mempertontonkan bahagian tubuh yang dapat menimbulkan rangsangan berahi adalah perbuatan yang haram dan haram pula untuk dilihat sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Sememangnya melihat aurat perempuan sekiranya itu pandangan pertama atau pandangan awal, tidaklah berdosa, tetapi pandangan kedua iaitu melihatnya secara sedar atau sengaja iaitu dengan niat melihatnya, itulah yang diharamkan.

Justeru, duduk di hadapan TV atau menonton gambar hidup lainnya yang mengandungi tayangan yang menonjolkan aurat, meskipun tidak sepenuhnya sama ada dengan melihatnya dalam bentuk yang nyata di hadapan mata, namun menonton TV yang mengandungi aksi yang mendatangkan keghairahan atau menonjol aurat adalah perkara buruk yang seharusnya dihindari atau dijauhi.

Kalau kita melihat kepada takrif puasa iaitu menahan nafsu makan, minum, bersetubuh dan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertai. Apatah lagi perkara yang haram.

Menonton tayangan yang menonjolkan aurat atau yang menimbulkan rangsangan bertentangan dengan makna puasa, walaupun ia tidak membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa dari segi hukum antaranya makan, minum dan melakukan hubungan seks pada siang puasa. Namun demikian, oleh kerana ia bertentang dengan makna puasa, sudah tentu ia mengurangkan pahala puasa.

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa al-Khusus dan puasa khusus al-Khusus.

Tahap pertama adalah tahap puasa orang awam iaitu menahan perut dan kemaluan dari mengikut kehendak syahwat.

Tahap kedua, puasa orang khusus iaitu orang yang menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota daripada perkara-perkara dosa. Tahap ketiga adalah puasa kalangan Nabi, as-Shiddiqin, orang salih dan seumpamanya.

Puasa mereka adalah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah SWT secara sepenuhnya.

Puasa akan terbatal pada tahap ini disebabkan memikirkan perkara-perkara selain Allah SWT dan Hari Akhirat.

Puasa tahap ketiga inilah puasa yang paling khusus kerana mereka bukan saja memelihara diri daripada daripada perkara membatalkan puasa tetapi juga yang membatalkan pahala puasa.

Rasulullah SAW bersabda: “Banyak orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh dari puasanya selain dari rasa lapar dan dahaga. Akhirnya, mari bertanya pada diri, apakah menonton tayangan TV itu benar-benar tidak sedar atau tidak tahu bahawa ia perkara yang dilarang atau sebenarnya ia sedar dan memang sengaja menontonnya? 

Wallahua’lam.

MALAYSIA ALL STAR XI vs MANCHESTER CITY



Separuh masa pertama, dapat dilihatkan corak permainan antarabangsa dan kemahiran individu yang tinggi ditunjukkan oleh pemain-pemain daripada Manchester City seperti pemain Kun Aguero, Tevez, Toure, dan ternyata mereka berada di kelas tersendiri untuk mengusai permainan dengan serangan berterusan menyebabkan jentera pertahanan mahupun tengah Malaysia bekerja keras untuk mengekang serta mempertahankan pintu gol daripada dibolosi pihak lawan. Namun, akhirnya akibat keadaan kelam kabut sebentar di barisan bawah akhirnya menyebabkan Kun Aguero berjaya menumpaskan hampir 4 orang pertahanan dengan gelecekan bola yang akhirnya menewaskan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias di minit- 17.
  



Separuh masa kedua, terutama di awal minit permainan telah menunjukkan mentaliti dan sikap pertahanan Malaysia yang sambil lewa membiarkan gol-gol yang agak mudah dijaringkan oleh permain Manchester City pada 10 minit awal separuh masa kedua melalui Carlos Tevez m-48 dan Adam Johnson m-52. Namun selepas itu, jentera Malaysia kembali memperkemaskan permainan dan banyak mematahkan serangan lawan dan sekali sekala memasuki kawasan Manchester City untuk melakukan serangan.


 

Gol sagu hati dari Malaysia dari pada Azamudin Akil pada m-87 dari hantaran cantik Shakir Ali kepada Mahali Jasuli sebelum lorongan cantek kepada Azamudin Akil. Setelah gol tersebut pasukan Malaysia barulah seperti bernafsu kembali untuk menyerang dan berjaya juga mengucar kacirkan permain pertahanan Manchester City. Namun segala-galanya sudah terlambat buat kebangkitan Malaysia

Tak banyak serangan yang dapat dilakukan oleh permain Harimau Malaya dengan tolakan jauh serta dekat mahupun gelecek sering digagalkan oleh permain Manchester City yang ternyata bukan sahaja miliki skil tinggi tetapi perbezaan tubuh badan amat ketara antara kedua-dua pasukan. Namun, sekiranya barisan pertahanan menunjukkan corak seperti di babak pertama, kemungkinan besar mush tradisi di AFF Suzuki akan berasa takut serta pening kepala mencari strategi terbaru untuk menewaskan pertahanan Malaysia.



Senarai Pemain Malaysia All Star XI
·                             FARIZAL MARLIAS / KHAIRUL FAHMI
·                             AIDIL ZAFUAN
·                             SUBRAMANIAM / FAIZAL MUHAMMAD
·                             AZMI MUSLIM / MAHALI JASULI
·                             BUNYAMIN OMAR / ROZAIMI ABD RAHMAN
·                             GARY STEVEN ROBBAT
·                             SYAFIQ RAHIM / KHYRIL MUHYMEEN
·                             BADDROL BAKHTIAR / AZAMUDIN AKIL
·                             S KUNALAN / AMIRIZWAN
·                            NORSHAHRUL IDLAN TALAHA / SHAKIR ALI
·                            SAFEE SALI / SHAKIR SHAARI



Senarai Pemain Manchester City Summer Tour
Pablo Zabaleta, Kolo Toure, Yaya Toure, Vincent Kompany, Marcos Lopes, Aleksandar Kolarov, Sergio Aguero, Carlos Tevez, Costel Pantilimon, Vladimir Weiss, Stefan Savic, Dedryck Boyata, Luca Scapuzzi, Eirik Johansen, Gunnar Neilsen, Karim Rekik, Abdul Razak, Denis Suarez, Filippo Mancini, Adam Johnson, George Evans

Saya juga percaya melalui 2 perlawanan bersama kelab yang antara terhebat di dunia terutama di liga England banyak pengalaman yang ditimba serta banyak juga kelemahan yang perlu dibaiki skuad negara untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki September nanti. Dan saya juga percaya dengan aksi Harimau Malaya untuk 2 perlawanan persahabatan ini mampu membuatkan pasukan seperti Indonesia, Singapura mahupun Thailand gentar dengan kekuatan terkini permain Malaysia. 



Sunday, July 29, 2012

OPENING CEREMONY OF OLYMPIC LONDON 2012


Akhirnya setelah penantian 4 tahun selepas di Beijing 2008, kini SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 telah pun membuka tirainya secara rasmi semalam tepat pada pukul 4.00 pagi waktu Malaysia dengan berlangsung dengan gahnya di Olympic Stadium dengan kehadiran berpuluh ribu penonton mahupun atlet dari seluruh dunia. Dengan penyertaan hampir 30,000 atlet yang bertanding mewakili lebih 50 buah negara dari seluruh dunia.




Upacara dimulakan dengan larian membawa masuk obor kejohanan oleh Sir Steve Redgrave diiringi 500 pekerja yang membina Stadium Olimpik tersebut. Konsep malam pembukaan tersebut bertemakan evolution of Great Britain (British) sejak dulu hinggalah ke zaman moden dengan pelbagai persembahan yang ditonjolkan termasuklah kehadiran pelakon James Bond, Mr Bean, juga pemain bola sepak sensasi England iaitu David Beckham dan banyak lagi.



Paling menarik adalah perubahan permukaan stadium yang bertukar mengikuti peredaran zaman iaitu dimulakan dengan zaman dahulu kala yang lebih kepada pertanian sebelum bertukar kepada zaman era kemegahan British iaitu era perindustrian dengan keluarnya corong-corong asap seperti kilang zaman pertengahan sambil mengeluarkan asap. Selepas itu, berubah kepada era kemodenan dengan zaman internet seperti twitter dan pelbagai lagi persembahan yang cukup menarik dan unik.





Setelah itu, kemasukan rombongan besar para atlet dari pelbagai negara dari seluruh dunia termasuklah atlet dari Malaysia yang diketuai oleh atlet Terjun negara, Pandalela Rinong selaku pembawa bendera Jalur Gemilang diikuti beberapa atlet Malaysia yang lain kecuali Dato Lee Chong Wei yang dinasihatkan untuk tidak bersama mengikuti perarakan ini kerana untuk menjaga kakinya yang baru pulih dari kecederaan.





Setelah majlis perasmian semalam, bermulalah perjuangan memburu pingat, nama, rekod dan kemasyhuran secara rasmi. Termasuklah juga 30 atlet negara yang memburu pingat emas pertama Malaysia dalam kejohanan Olimpik yang sudah masuk ke edisi ke-30nya. Dengan sandaran lebih kepada acara Badminton, namun acara lain juga boleh memberikan kejutan seperti terjun, menembak dan memanah. Kita harapkan para Team Malaysia dapat melakukan sesuatu untuk memenangi pingat yang diidam-idamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. InsyaALLAH….



SENARAI ATLIT MALAYSIA DI SUKAN OLIMPIK LONDON 2012
Terjun
-Bryan Nickson Lomas: 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama, 10m platform individu 
-Yeoh Ken Nee: 3m papan anjal individu lelaki 
-Huang Qiang: 3m papan anjal seirama
-Pandelela Rinong: 3m papan anjal seirama wanita, 10m plaftform individu, 10m papan anjal seirama.
-Leong Mun Yee: 10m platform seirama wanita
-Traisy Vivien Tukiet: 10m platform individu wanita
-Cheong Jun Hoong: 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama
-Wendy Ng Yan Yee - 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama

AKUATIK (Renang )
-Khoo Cai Lin: 800m gaya bebas wanita
-Heidi Gan: 10km laut terbuka

BADMINTON 
-Datuk Lee Chong Wei: Perseorangan lelaki
-Tee Jing Yee: Perseorangan wanita
-Koo Kien Keat/Tan Boon Heong: Beregu lelaki
-Chan Peng Soon/Goh Liu Ying: Beregu campuran

BERBASIKAL (Trek) 
-Mohd Azizulhasni Awang: Keirin, 200m pecut lelaki
-Josiah Ng: Keirin, 200m pecut lelaki
-Fatehah Mustapa: Keirin wanita

BERBASIKAL (Lebuh Raya )
-Mohd Adiq Hussainie Amir Mustafa

LAWAN PEDANG
-Yu Peng Kean: Sabre individu

MEMANAH
-Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin: Berpasukan/Individu Recurve
-Nurul Syafikah Hashim: Recurve individu wanita

MENEMBAK
-Nur Suryani Mohd Taibi: 10m air rifle wanita

KAPAL LAYAR
-Khairulnizam Mohd Affendy: Laser Standard

OLAHRAGA
-Lee Hup Wei: Lompat Tinggi lelaki
-Noraseela Khalid: 400m lari berpagar wanita 
 

Wednesday, July 25, 2012

MALAYSIA ALL STAR 2012 vs ARSENAL


Satu perlawanan yang amat menarik untuk ditonton iaitu Perlawanan Persahabatan di antara Malaysia (Harimau Malaya) vs Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam yang disaksikan kira-kira 40000 penonton yang rata-ratanya berpakaian serba merah.

Pada babak pertama, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berusaha menembusi pertahanan lawan tetapi gagal. Banyak juga serangan berbahaya yang telah dilakukan oleh anak buah Datuk K. Rajagopal dengan serangan diketuai pemain Pelita Jaya iaitu Safee Sali dan NorShahrul Idlan Talaha namun banyak diselamatkan oleh penjaga gol kedua Arsenal, Mannone. Namun pada minit ke 45 + 2, akhirnya Malaysia memecahkan kebuntuan dengan jaringan cantik daripada pemain tengah ATM, Azmi Muslim dari jarak 30m menewaskan Mannone.

Pada babak kedua, Arsene Wenger dan Dato K. Rajagopal telah menukarkan kesemua pemain mereka untuk memberi peluang bermain di atas padang. Dengan keluarnya pertahanan kental seperti Subra, Aidil Safuan, dan termasuk di bahagian tengah dan serangan seperti Safee Sali, Malaysia seolah-olah hilang tumpuan terutama di 10minit terakhir perlawanan dan dengan mudah Arsenal menyumbat 2 gol melalui jaringan Thomas (m-87) dan Chuck Aneke (m-90) lalu memenangi perlawanan dengan 2-1 menewaskan penjaga gol Harimau Malaya.

Pada malam tersebut, 2 permain yang memang menyerlah dan terbaik iaitu Safee Sali dan penjaga gol kedua Harimau Malaya, Farizal Marlias. Safee Sali walaupun tidak menjaringkan gol namun berjaya kucar-kacir kan pertahanan Arsenal. Manakala Farizal Marlias bergitu gah untuk ditewaskan oleh bahagian serangan Arsenal. Namun akibat barisan pertahanan yang rapuh akhirnya dia tertewas dua kali di penghujung perlawanan yang mana satu gol akibat biasan terkena kaki pertahanan menyulitkan Farizal Marlias untuk melawan.

Walaupun Pasukan Kebangsaan tewas namun kali ini mereka tewas bermaruah dengan corak yang terbaik dari pemain terbaik Malaysia. Dengan banyak serangan berbahaya yang telah dilakukan tetapi telah digagalkan oleh kekentalan pertahanan Arsenal.Seperti biasa kerapuhan pertahanan di minit-minit terakhir menyebabkan Malaysia berputih mata. 2 gol tersebut bukanlah disebabkan kekentalan pemain muda Arsenal tetapi kerana kerapuhan pertahanan Harimau Malaya. Perlawanan ini amat peting untuk menilai squad Malaysia sebelum perlawanan AFF Suzuki 2012 pada November nanti untuk memastikan misi mempertahankan kejuaraan pada edisi lalu.
 Senarai pemain:
ARSENAL: Mannone; Jenkinson, Vermaelen, Djourou, Gibbs; Diaby, Arteta, Coquelin; Santos, Gervinho, Chamakh. Pemain gantian: Szczesny, Fabianski, Bartley, Miquel, Yennaris, Eastmond, Song, Eisfeld, Aneke, Walcott, Oxlade-Chamberlain, Ryo, Afobe.
MALAYSIA ALL-STARS: Razali, Abdul Radzak, Azmi Muslim, Idlan Talaha, Mohd Sali, Shakir Shaari, Kunanlan, Md Akil, Umar, Safiq Rahim, Putra Omar. Pemain gantian: Abu Samah, Amar Rohidan, Ashaari Shamsuddin, Bakhtiar, Che Mat, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Jasuli, Kuong Yong, Marlias, Mohd Ali, Muhymeen, Muslim Ahmad, Nazmi Faiz, Rahman, Subramaniam, Tajuddin.

Friday, July 20, 2012

AHLAN WASAHLAN YAA RAMADHAN 1433H


    SUDAH TERTUTUP TIRAI SYAABAN, TELAH DATANG LAMBAIAN RAMDAHAN
LUHUR IMAN IKLAS AMALAN, LAKUKAN IBADAT DIBERKATI TUHAN

 RAMADHAN YANG DINANTI, KINI HADIR KEMBALI
TINGKATKAN IMAN KUATKAN HATI, GAPAILAH CINTA ILAHI

Ramadhan datangnya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui… Ramadhan datangnya memberi seribu satu rahmat dan fadhilat, membuka taubat buat semua insan, menghidupkan malam dengan cahaya ketaqwaan serta mengajar erti kesabaran..


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu’ : Adalah RASULULLAH S.A.W. memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan RAMADHAN, bulan yang diberkahi. ALLAH mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para Iblis/Syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa”…..
(Hadith Riwayat, Ahmad dan An-Nasa’i)


TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM... Bulan Ramadhan telah datang menjelang, sebuah kesempatan untuk meraih magfirah-Nya, mari bersihkan hati untuk sambut Ramdhan nan suci, saya juga mengambil kesempatan untuk mohon kemaafan atas segala salah dan khilaf yang sudah saya lakukan serta janji yang terabaikan… Maafkan kesalahan saya wahai sahabat semua serta semua saudara-saudara seIslam saya…

 SESUNGGUHNYA BERENANG DI SAMUDERA BIRU SUNGGUH MENYENANGKAN, 
DARI BERENANG DI SAMUDERA MAAFMU YANG JAUH LEBIH MENAKJUBKAN


Semoga ALLAH menerima amal ibadah kita, menjadikan kita manusia yang lebih bertaqwa, meredhai kehidupan kita dalam mencapai keberkatan Ramadhan kali ini, dan sentiasa memberi rahmat, ampunan, berkahi, kasih sayang dan cinta-NYA bagi kita semua… Amin InsyaALLAH…


PERMULAAN RAMADHAN ITU ADALAH RAHMAT,
PERTENGAHANNYA ADALAH KEAMPUNAN (MAGHRIFAH)
DAN PENGHUJUNGNYA ADALAH PEMBEBASAN DARI API NERAKA

Wednesday, July 11, 2012

SIAPA KITA TANPA ALLAH!!!!!

Sebenarnya dalam hidup ini apa yang kita cari?
Ada yang menjawab harta, wang ringgit, kebahagiaan, keluarga yang bahagia, kawan yang ramai dan sebagainya. Namun, walaupun semuanya ada digenggaman, ada kalanya kita merasa resah. Walau acap kali kita merasa terlalu bahagia seperti dunia ini kita yang punya kerana, rasa gelisah tetap juga mengusik jiwa... Tidak tahu apa puncanya...
Kenapa ada waktu kita resah dan ada waktu pula kita merasa bahagia?
Cuba sahabat-sahabat meletakkan tangan ke dada dan rasa degupan jantung anda serta sebutlah astaghfirullahal 'Azim dengan rendah hati.... Apa yang sahabat rasa? Seakan wujud satu rasa keinsafan dan kesedihan bukan? Sedih itu bukan bererti kita sedih meratapi tetapi sebenarnya ketenangan yang abadi hinggap di hati apabila kita mengingati Allah.

Cuba sahabat-sahabat tunduk, merasakan diri ini lemah di hadapan Allah. Mata yang melihat ini anugerah Allah, tangan yang bergerak ini kepunyaan Allah, kaki yang berjalan ini milik Allah... Apa yang sahabat rasa? Pastinya timbul rasa kerendahan hati di hadapan Allah bukan? Dan tidak semena-mena perasaan resah gelisah yang tidak tahu puncanya itu hilang sedikit demi sedikit...

Pada waktu kita merasakan terlalu sedih, hina dan tidak berdaya, kita cuba menyebutastaghfirullahal 'Azim... Mengenang kembali dosa-dosa yang terdahulu seterusnya memohon ampun kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Adakalanya kita merasakan diri kita bebas dari dosa. Sepanjang hidup kita tidak pernah melakukan dosa.

Apakah maksud perasaan itu? Ia bermaksud kita sombong di hadapan Allah. Kita merasakan diri kita sudah terlepas dari azab seksa atas usaha kita sendiri bukan atas belas ehsan dari Allah SWT.
Seketika kita berasa diri kita kosong, tanpa ada sebab yang kukuh. Sehingga kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang kita telah lakukan sebentar tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong. Ini kerana kita belum temui lagi kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Apa sahaja yang kita rasa samada bahagia atau sengsara, kuncinya adalah dengan kembali kepada Allah. Akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabaila hati diikat pada tali Allah. Kita memerlukan Allah dalam hidup kita sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa...
 

Siapa kita tanpa Tuhan yang mencipta... Di mana kita layaknya jika Allah tiada di hati?


Sumber Daripada : ILuvIslam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE