SETELAH
SETAHUN LEBIH
Setelah setahun lebih,
aku tidak update sebarang entry dalam blog diriku ini..... Entah mengapa tetiba
terasa nak terupdate....hahahahhahaha...... Masihkah angpa ingat bila entry
terakhir aku? Jawapanya ialah pada 10 August 2012 sempena bulan Ramdhan
1433H..... kini sudah 22 January 2014.... satu tahun dan 3 bulan.... dan dalam
masa ini 1001 kenangan dan pengalaman telah aku lalui yang mengubah diriku
menjadi lebih matang......
Aku, kini bukan lagi seorang
pelajar Universiti seperti sebelum sebelum ini iaitu Mahasiswa kepada
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) setelah tamat pengajian pada bulan
September 2013..... Kini, aku telah berkerja di sebuah Syarikat Konsesi Sisa
Pepejal terbesar di kawasan utara iaitu Environment Idaman Sdn Bhd (ENVI)
sebagai Operation Assistant di Bandar Bahru Service Unit....
Pelbagai pengalaman baru aku lalui terutama dalam 6 bulan terakhir tahun
2013 kerana 6 bulan terawal cam biasa aku menghabiskan pengajian aku untuk semester
terakhir di UniMAP…. Antaranya yang paling menarik :
Tamatnya pengajian aku di UniMAP pada
bulan 7/2013
Bercuti Di Danau Toba, Medan, Indonesia
Majlis Konvokesyen UniMAP Kali Ke-8
Mulakan Kehidupan Baru Sebagai Pekerja Di
Environment Idaman Sdn Bhd (Support Assistant - Operation)
p/s : nantikan entry aku yang seterusnya yang mengisahkan lebih mendalam mengenai pengalaman aku dalam masa satu tahun ini.....dengan gambar2 yang menarik terutama percutian aku bersama kawan2 ke Danau Toba, Indonesia dan gambar masa konvo aku..... serta kehidupan aku sebagai seorang pekerja di ENVI.... nantikan yoooo... Trimassss buat masa nie..... Assalamualaikum..... #worldpeace #R4BIA #foreveralone