WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, July 9, 2012

IMAM MUDA VS USTAZAH PILIHAN



Sebuah rancangan yang ditayangkan di Astro Oasis pada slot LIGA ILMU Musim Ketiga. Rancangan ini lebih berkonsepkan pendebatan di antara Imam Muda musim pertama, kedua serta Ustazah Pilihan musim pertama dengan di moderator oleh penceramah bebas, Ustaz Ridhuan Tee yang disiarkan setiap hari Khamis…
Tetapi (Ini Sekadar Pendapat Dari Saya) 
Dengan menggunakan slot Liga Ilmu, tetapi yang mushkilnya adalah mengenai ilmu apa yang hendak disampaikan oleh pihak produksi tersebut kepada para penonton terutama Muslimin dan Muslimat. Tetapi tidak dinafikan, memang ada ilmu yang boleh dikongsi kan bersama… Namun, apa yang lebih tertonjol daripada program ini adalah pemikiran jumud antara mentor-mentor remaja itu dengan pendebatan berlainan jantina, berhujah untuk memenangkan jantina masing-masing. Kadang2 nampak mcm nak bergaduh pun ada bila ada pihak meninggikan suara dan agak beremosi untuk seolah-olah cuba mempertahankan ego masing2.. Antaranya permasalahan yang saya nampak ialah


Pertama) Tajuk yang tidak bersesuaian dan menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh, tajuk debat seperti "Lelaki adalah pemimpin secara Mutlak.." "Isu buang bayi. Salah siapa (Lelaki atau Wanita)..??" "Isu perceraian. Salah lelaki atau perempuan..". Relevan kah?

Kedua) Konsep rancangan ini, iaitu mempertahankan GENDER. Para peserta debat Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang berlainan gender akan bermatian menyokong hujah masing-masing. Bertegang urat demi menegakkan bahawa gender mereka terbaik, gender mereka dipihak yang benar, sementara pihak lawan sudah pastinya menjadi pesalah pada setiap isu-isu perdebatan. Hal ini sudah pastinya boleh menimbulkan fitnah kepada para pendebat yang berstatus Imam Muda dan Ustazah Pilihan.

Dan kadang-kadang sampai tiada satu solusi yang bijaksana dan baik yang boleh diambil oleh penonton sebagai rujukan untuk penambah baikkan kehidupan seharian pada pengakhiran rancangan tersebut. Sehinggakan ada kawan dan sahabat saya mempersoalkan apa ilmu yang kita dapat daripada rancangan ini. Hanya tahu macam mana kita nak berdebat dengan wanita apabila isu ini dipersoalkan.



Namun bukan semua buruk, ada episod yang boleh mengembangkan minda kita dengan hujah-hujah yang bijaksana dan baik. Bagi saya lebih suka hujah daripada Imam Muda Ashraf, Hassan dan Amiril serta seorang daripada Ustazah Pilihan yang saya tak kenal namanya. Mereka ini cukup bagus dalam menyampaikan hujah yang sentiasa mewujudkan toleransi, kerjasama, kasih sayang dan sifat-sifat murni seorang Muslimin atau Muslimat untuk bersama-sama memberi tanggungjawab terhadap sesuatu isu. Hujah mereka sentiasa menyatakan sekiranya salah wanita, ada juga salah lelaki, sekiranya wanita betul ada lelaki betul dan sebaliknya.

Namun ini sekadar pendapat saya yang lemah ilmu ini. Tetapi saya harapkan teguran serta pendapat dara para sahabat sekalian untuk dikongsi bersama bagi mengembangkan ilmu serta pemikiran kita… sebarang komen atau pendapat boleh diletakkan di ruang comment dibawah atau di facebook saya…..

SEKIAN TERIMA KASIH

Friday, July 6, 2012

APA ERTI SEORANG SAHABAT


Seorang sahabat adalah seseorang yang selalu ada bersama kita, di saat sedih, senang, kecewa dan sebagainya. Sahabat itu tidak pernah lelah untuk mendengarkan curahan masalah dan kesedihan sahabatnya yang lain. Sahabat adalah orang yang selalu mendukung semua perbuatan positif kita dan akan menasihati kita di saat kita melakukan kesalahan. Sahabat tidak pernah menikam orang lain dari belakang.



Tetapi, seorang belum tentu sahabat sejati. Kebanyakan orang ketika mengetahui sahabatnya yang lain sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, tetapi ada yang hanya berpura-pura tidak tahu apa-apa dan menjauhi orang itu. Mereka baru akan berteman kembali jika masalah dia sudah diselesaikan. Seorang sahabat palsu itu adalah orang yang mendekati seseorang dan berpura-pura menjadi sahabatnya ketika ia sedang dalam keperluan. Dalam erti, jika apa yang dia mahu sudah terpenuhi, dia akan menjauh dari temannya itu dan meninggalkannya. Ada juga yang tidak ikhlas, hanya berkawan di sebabkan harta atau terdapat agenda yang tertentu untuk kepentingan diri sendiri serta bersifat duniawi semata-mata.



Seorang sahabat sejati bukanlah orang yang seperti itu. Seorang sahabat yang sejati adalah orang yang akan selalu berada di sisi kita walau bagaimanapun keadaan kita. Dia tidak akan meninggalkan kita dan tidak akan memanfaatkan kita, ia akan selalu mendukung apa yang kita lakukan (yang pasti positif) agar kita berhasil. Seorang sahabat sejati juga tidak akan memandang keadaan ekonomi mereka. Dia tidak peduli apakah temannya adalah orang kaya atau tidak. Dia tidak akan menghakimi kita melainkan akan selalu menerima kita apa adanya.

 
SAHABAT SEJATI SENGAT SUSAH DICARI

MUNGKIN HANYA SATU DIANTARA 100 ORANG

Thursday, July 5, 2012

IMAN + TAQWA + ILMU + TAZKIRAH = KUNCI KEJAYAAN



Apakah penanda aras bagi kejayaan?
 
Mari kita rehat sejenak daripada melakukan kerja-kerja harian. Kita fikir dan zikir kepada Allah untuk diri, kita fikir tentang diri, bagaimana mahu jadi insan sempurna, bagaimana mahu mencapai kejayaan yang hakiki. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak ramai yang mengetahui kunci utama menuju kejayaan. Kita kata mahu jadi manusia yang berjaya, tetapi bagaimana cara hendak berjaya? Kita  kata mahu jadi manusia yang cemerlang tetapi bagaimana mengikut acuan Islam yang benar? Jika diberi pilihan antara ’gagal’ dan ’berjaya’, yang mana satu pilihan kita? Satu dalam sepuluh yang memilih ’gagal’ dan kemungkinan yang memilih ’gagal’ itu mempunyai masalah dalam berfikir.
 
Tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat sebahagian orang yang meletakkan kekayaan wang ringgit, harta benda dan pangkat yang dimiliki sebagai ukuran kejayaan. Dialog biasa yang menjadi halwa telinga bila kita dianggap telah melepasi tahap penilaian kejayaan mengikut ukuran masyarakat sekeliling adalah antaranya seperti berikut, ”Kau tak apalah berjawatan besar, rumah besar, kereta besar dan....” kita bangga bila dikatakan begitu. Pernahkah kita berusaha untuk menafikan sebenarnya kita belum berjaya dalam hidup ini, yang ada itu hanyalah pinjaman, yang dilihat itu adalah pada pandangan manusia, bukan pandangan Allah. Yang  kita ingin, yang kita mahu, yang perlu kita usahakan adalah untuk mencapai pandangan Allah, redha Allah dan kejayaan utama di sisi Allah, bukan kejayaan di sisi masyarakat sekeliling sahaja. Dalam hal ini Allah SWT telah memberi pelbagai gambaran yang meletakkan asas terhadap keinginan seseorang itu untuk berjaya dalam kehidupan. Antaranya melalui  peningkatan iman, taqwa, ilmu dan tazkiah  diri.
 


Bicara tentang Iman dan Taqwa
Iman dibina atas dasar membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan mengikutinya dengan amalan. Menurut al-Qaradhawi, iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh pada pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-harian.
 
Tidak dinafikan masyarakat keseluruhannya mengetahui tentang erti iman dan hakikat keimanan, namun apabila ditanya soal yakin, keyakinan itu adakah sepenuh hati? Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 146 yang bermaksud, ”Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahuinya.” Persoalannya sudah tentu berkaitan dengan penerimaan yang tidak sampai ke tahap yakin, walaupun kebenaran itu telah dinyatakan. Oleh yang demikian, dalam surah al-Hujurat, ayat 15 mafhumnya, ”... Hanya orang yang beriman itu ialah orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan)  tidak ragu-ragu lagi.

 
            Dalam Surah al-Anfal ayat 2-4 yang bermaksud, ”Sesungguhnya hanya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementar hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Allah mereka berserah. Iaitu orang yang mendirikan solat dan  yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang beriman yang sebenar-benarnya...” Ini antara gambaran ciri-ciri orang yang beriman yang mesti ada pada kita.
 
            Sebagai tanda keimanan, kita wajib patuh dan taat segala perintah Allah SWT dan tidak  sekali-kali boleh melakukan perbuatan yang dilarang. Yakinlah kejayaan dalam hidup akan datang apabila kita patuh dan taat pada perintah Allah SWT serta tidak melanggar aturan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A`raf ayat 96 bermaksud,“ Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Dan firman Allah SWT lagi dalam surah al-Talaq ayat 1-3 yang disebut juga sebagai ayat seribu dinar memberi maksud,”....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.....
 

Keimanan juga menjadi asas utama untuk mendapat keberkatan hidup. Allah SWT telah menjanjikan keberkatan yang melimpah ruah dari langit dan bumi jika kita beriman kepada-Nya. Iman  dapat dikatakan sebagai suatu kekuatan, suatu ubat yang mujarab dan suatu senjata yang membawa kebaikan dalam hidup kita. Oleh yang demikian, jika benar kita orang beriman, marilah kita bertaqwa kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 119, ”Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar."
 
Dalam al-Quran banyak dinyatakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Orang yang memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan, dijamin akan berjaya kerana mereka dijanjikan jalan keluar  (dari segala perkara yang menyusahkan) dan rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihati. (lihat surat at-Talaq 2-3). Ini bermakna orang yang bertaqwa akan diberi petunjuk dan diberi pertolongan Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak bertaqwa akan gagal dalam kehidupan kerana natijahnya nafsu akan bermaharajalela dan kerosakan akan teserlah. Sama-samalah kita berusaha untuk meningkat ketaqwaan kepada Allah SWT.
 

Bicara tentang Ilmu Pengetahuan
 
Dalam surah al-Mujadalah ayat 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud, ”Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.”  semaksud dengan ayat ini dalam surah al-Zumar ayat 9, Allah SWT berfirman yang maksudnya, ”Katakanlah lagi,  adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (berilmu)...,”
 
Jawapannya, sudah tentu tidak! Orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu jauh sekali bezanya. Untuk memahami sesuatu perkara seseorang hendaklah menguasai ilmu. Ilmu merupakan pelengkap ke arah insan yang beriman, dapat mengukur sejauhmana ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan dapat membimbing ke arah kebaikan. Ilmu dan Iman tidak dapat dipisahkan kerana ia saling berhubungan dan saling mempengaruhi. Melalui ilmu manusia jdapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.
 
Persoalannya, adakah kita termasuk orang yang berilmu? Sebenarnya jika dihitung ilmu yang kita miliki hari ini sebenarnya terlalu sedikit. Kita tidak mengetahui banyak perkara, kita tidak pakar dalam semua bidang. Sayang juga kiranya ilmu yang sedikit milik kita ini tidak dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah. Ilmu yang ada hendaklah dimanfaatkan, ilmu hendaklah dipelajari, dihayati dan diamalkan. Orang yang tahu, akan menggunakan ”tahunya” pada tempat yang sesuai. Dalam surah al-Kahfi ayat 109 bermaksud, ”Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
 

Bicara tentang Pembersihan Jiwa
 
”Dia tidak tidak akan berubah selama-lamanya” layakkah kita untuk berkata begitu? Lagikan kain yang kotor jika diberus dan disabun akan bersih kembali, inikan pula kita manusia, lambat atau cepat akan berubah dengan izin Allah jika kita tahu dan sedar bahawa kelakuan kita sebenarnya tidak cocok dengan ajaran Islam, lalu kita berusaha untuk membersihkan jiwa kita dengan melakukan perkara yang baik dan kita tinggalkan perkara yang dilarang. Kembali kepada tazkiah al-Nafs yang bermakna penyucian dan pembersihan jiwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Shams ayat 9 yang bermaksud, ”Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Dapat difahami daripada maksud ayat ini perlunya penjagaan diri untuk sentiasa taat dengan perintah Allah dan meninggalkan larangan syariat dengan tujuan mencapai redha Allah, maka kita akan berjaya.
 


Mari kita kembali kepada fitrah kejadian kita, diciptakan sebaik-baik kejadian dan mempunyai naluri yang bersih seperti kain putih bersih, tidak dinodai oleh mana-mana kotoran pada asalnya, tetapi kerana kita manusia yang sering lupa kita mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang mencemarkan jiwa dan fikiran lalu ia menjadi kotor, perlu dibersihkan dan dijernihkan serta digilap kembali pada landasan yang benar.
 
Oleh yang demikian, mari kita buang sifat tercela yang ada dalam diri, kita hiasi dengan sifat-sifat terpuji. Kita bersihkan diri dan jernihkan jiwa dengan amalan yang merujuk pesan dari al-Quran dan sunnah, kita jadikan pedoman kisah kehidupan para nabi, sahabat, tabi`in, atba-tabi`in, kita rujuk amalan alim ulama’ supaya hidup  tidak sia-sia.  Allah SWT telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang maksudnya “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. Mari kita ubah cara fikir kita untuk membersih jiwa.
 
Dalam membersihkan jiwa kita tidak terlepas dengan ilmu pengetahuan. Orang yang tidak beramal dengan ilmu, pastinya tidak akan berubah. Mereka tidak dapat membezakan perkara yang hak dan yang batil. Jangan marah jika disebut jahil, tetapi fahami bahawa jahil merupakan hijab kebanyakan manusia untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Ibarat orang jahil seperti orang yang berjalan di dalam gelap, akhirnya fikir sendiri kesudahan perjalanan itu... Sebenarnya ilmu tanpa amal adalah rugi, manakala amal tanpa ilmu adalah kosong.
 

Solusi  Menuju Kejayaan
 
Sedar atau tidak, sebenarnya setiap kali azan berkemundang seruan ”hayya ala falah” sebanyak dua kaliyang dapat diterjemahkan sebagai mari menuju kemenangan atau kejayaan memberi pengertian yang cukup luas iaitu kejayaan di dunia dan diakhirat. Orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya adalah orang yang berjaya dalam hidup. Ini kerana ukuran kejayaan hidup seseorang ialah sejauhmana kita taat pada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kesempatan hidup yang jadi milik kita hari ini, jangan disia-siakan. Mari kita fikir sejenak, adakah bila kita fikir tentang hidup sebenarnya kita fikir tentang mati, bila kita fikir mati, kita fikir balasan, bila fikir balasan, kita fikir tempat kesudahan? Kesimpulannya dari fikir dan fikir kita akan temukan jawapan,  kita ingin menjadi hamba Allah yang berjaya. Kita ingin nikmat dan rahmat-Nya, kita ingin  menikmati syurga Allah tetapi untuk itu semua kita perlu tingkatkan iman dan taqwa, ilmu dan amal serta tazkiah diri dalam kehidupan bagi mencapai kejayaan hidup yang hakiki. Orang yang berjaya orang yang kenal diri, tahu tugas dan tanggungjawab serta tahu tujuan akhir sebuah kehidupan. Mari kita audit diri apakah yang kita ingin dalam hidup ini?
Sumber Daripada : Laman Web Rasmi JAKIM

Wednesday, July 4, 2012

QUALIFIERS AFC U22 ASIAN CUP 2013 (MALAYSIA vs MYANMAR)



Permain Harimau Muda Malaya seolah-olah tenggelam dengan sorakan ribuan penyokong Myanmar selaku tuan rumah kepada Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 22 yang menyaksikan pasukan Malaysia U22 tewas 1-2 kepada Myanmar U22 pada perlawanan yang terakhir peringkat kumpulan G yang bertempat di stadium Yangon, Myanmar.


Keseluruhan perlawanan menunjukkan banyak kelemahan yang tidak sepatutnya terjadi di atas padang oleh pemain Malaysia terutama di bahagian pertahanan yang sering kucar-kacir dan tidak tentu arah apabila diserang oleh jentera serangan pasukan lawan. Ketumpulan jentera serangan walaupun diketuai oleh Rozaimi yang merupakan penjaring terbanyak bagi kumpulan G serta bahagian tengah yang serba tidak menjadi dengan hantaran yang mudah dipatahkan


Walau bagaimanapun, pujian harus diberi kepada anak-anak buah Ong Kim Swee kerana tetap terus memberikan tentangan kepada pemain Myanmar sehingga kebanyakan masa dihabiskan dengan lakonan hebat oleh pemain tuan rumah itu dengan sengaja merebahkan diri bagi melambatkan permainan.


Rozaimi Abdul Rahman - Penjaring 10 Gol

Kedua-dua jaringan Myanmar itu telah dijaringkan oleh Kaung Shi Thu pada minit ke 34 dan 53. Walaupun pada saat-saat akhir Malaysia menunjukkan serangan yang baik Cuma tidak bernasib baik serta kekentalan pemain Myanmar yang kebanyakan berkubu di kawasan sendiri setelah mendahului 2-0. Jaringan sagu hati hasil tendangan penalti setelah pemain Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman dijatuhkan di dalam kotak penalti dan disempurnakan permain itu sendiri dan melengkapkan 10 jaringan sepanjang kelayakan bagi kumpulan G. Dan segala-galanya sudah terlambat bagi pemain Malaysia untuk sekurang-kurangnya mendapat seri bagi perlawanan tersebut.

Oleh itu, tertutup sudah peluang Malaysia untuk meneruskan perjuangan di Piala Asia AFC U22 2013 ~Myanmar~  secara automatik. Masih ada banyak lagi kelemahan serta mentaliti permain Malaysia yang perlu dibaiki dan ditingkatkan untuk masa akan datang serta mampu menggegarkan serta mengharumkan nama Malaysia dia arena Bola Sepak Dunia satu hari nanti. Jumpa lagi di PIALA AFF SUZUKI 2012, NOVEMBER ini dengan Harimau Malaya pasti meneruskan perjuangannya untuk mempertahankan piala tersebut.

Tuesday, July 3, 2012

NISFU SYAABAN 1433H

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.


PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)



MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” 

 Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

 
 MOHD AMIRUL FAIZ BIN HASHIM 
Saya ingin memohon ampun dan jutaan keMaafan atas segala dosa, kesalahan,  dan keburukan yang pernah saya lakukan selama perkenalan dan persahabatan kita.... 
Semoga persahabatan kita terus berkekalan sehingga Al- JANNAH....
INSYAALLAH

Sumber Dari : HIKMAH Blog

Nilai sebuah TAWA

Allah menguji keikhlasan dalam kesendirian ,

Allah memberi kedewasaan saat masalah berdatangan ,
 

Allah melatih ketegaran dalam kesakitan

Allah memberi cobaan saat dlm kenikmatan 


Allah melatih ingatan dlm kekhilafan
 

Ada kalanya kita menangis agar tau bahwa hdup bkn hanya 

untuk TERTAWA
 

Dan ada kalanya kita tertawa agar tau betapa mahalnya 

setitis air mata

Monday, July 2, 2012

FINAL EURO 2012 @ POLAND/UKRAINE



Akhirnya Perlawanan EURO 2012 di Poland-Ukraine kini telah pun berakhir dengan kemenangan kepada Pasukan negara Sepanyol yang merupakan Juara Bertahan buat 2 musim berturut-turut dengan menewaskan pasukan negara Italy dengan 4 – 0 pada perlawanan akhir yang diadakan pada awal pagi Isnin (02/07/2012 pada waktu tempatan) yang bertempat di Stadium Kyiv, Ukraine. Sepanyol juga berjaya mencipta sejarah dengan hatrik memenangi 3 piala utama dalam masa 4 tahun di peringkat antarabangsa iaitu EURO 2008, FIFA World Cup 2012 dan EURO 2012.


            Pada perlawanan akhir EURO 2012 Poland-Ukraine, ternyata penguasaan jelas dikuasai oleh pasukan Sepanyol dengan kekuatan jentera tengahnya yang sentiasa mengucar-kacirkan pertahanan Italy semenjak sepak mula lagi. Penyudah dan larian pantas serta hantaran pendek yang berkesan memberi kelebihan kepada mereka untuk menjaringkan gol.
           

Walaupun Italy juga memberikan tentangan yang hebat namun ia seakan tidak menjadi pada perlawanan itu dengan kerapuhan benteng pertahanan serta ketumpulan jentera serangan Italy tidak mampu merobek kekentalan pertahanan pasukan lawannya dan menyebabkan perlawanan berat sebelah.


Jaringan Gol (Sepanyol 4 – 0 Italy)    :
·                       Fabregas => David Silva (Minit – 14)
Ø  Kepantasan dan ketajaman Fabregas mengelecek bola dalam kotak penalti memang tidak boleh dinafikan dengan hantaran cantik sebelum mudah ditanduk masuk oleh David Silva

·                        Xavi => Jordi Alba (Minit – 41)
Ø  Hantaran kemas dari Xavi dari tengah padang serta larian pantas Jordi Alba membolehkannya dia melepasi kesemua barisan pertahanan sebelum mendapat bola dan dengan tenang membolosi gol kedua untuk Sepanyol sebelum separuh masa pertama tamat

·                         Xavi => Fernando Tores (Minit – 83)
Ø  Sekali lagi hasil hantaran kemas dari Xavi pada minit ke 83 kepada penyerang sensasi Sepanyol dan Chelsea, Fernando Tores dengan berjaya mengelak perangkap offside sebelum mudah menolak ke arah gol dengan mengelirukan penjaga gol Italy, Buffon

·                         Torres => Juan Mata
Ø  Hantaran 1/2 di antara kedua dua pemain Chelsea itu di dalam kotak penalti Italy, berjaya mengelirukan pertahanan pasukan lawan sebelum dengan mudah Juan Mata menewaskan Gianluigi Buffon untuk gol yang ke-4 Sepanyol.


          Pada perlawanan akhir tersebut, Sepanyol memang layak memenangi pasukan Italy serta mengekalkan kejuaraan EURO mereka berturut-turut. Kini tamatlah EURO bagi edisi ke-13, Jumpa lagi pada EURO 2016 @ France dan yang paling utama adalah FIFA WORLD CUP 2014 @ RIO di Jenerio, Brazil.

EURO 2012 HAS FINISH
&
WILL REPLACE TO 

~ THE FIGHT WILL BE CONTINUE ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE