Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat
Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak
apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di
luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan
pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu,
marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang
bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan
kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan
keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab
adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban
adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan
Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai
berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu
berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan
apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah
sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan
Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah;
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para
sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W,
“Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik
dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab
bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu
Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan
Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15
dalam bulan Syaaban
tahun Hijrah.
Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik
oleh malaikat
untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya
untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak
mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu
Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul
qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada
malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam
Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam
(Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir
beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki
Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W
berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan
diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung
kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu
memuji diriMu sendiri.”
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita
agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya
(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun
merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari
ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang
memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang
memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan
mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari
kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini
sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai
sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala
telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan
kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat
dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari
dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti
dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang
baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada
14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang
digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah
dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat
dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah
patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa
sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya
pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun
Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W.
bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan
Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya
pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat
kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu
maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga
digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah
S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat
kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala
mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala
macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan
dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda
yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan
perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah
Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah
Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban,
dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar
dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga
baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban
dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang
lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban
adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah
mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa
(jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa
puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari
daripada bulan Syaaban, kemudian
dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh
Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya”
antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu
tiga ratus pintu rahmat”.
MOHD AMIRUL FAIZ BIN HASHIM
Saya ingin memohon ampun dan jutaan keMaafan atas segala dosa, kesalahan, dan keburukan yang pernah saya lakukan selama perkenalan dan persahabatan kita....
Semoga persahabatan kita terus berkekalan sehingga Al- JANNAH....
INSYAALLAH
Sumber Dari : HIKMAH Blog
No comments:
Post a Comment