Sebuah rancangan yang
ditayangkan di Astro Oasis pada slot LIGA ILMU Musim Ketiga. Rancangan ini
lebih berkonsepkan pendebatan di antara Imam Muda musim pertama, kedua serta
Ustazah Pilihan musim pertama dengan di moderator oleh penceramah bebas, Ustaz
Ridhuan Tee yang disiarkan setiap hari Khamis…
Tetapi (Ini Sekadar
Pendapat Dari Saya)
Dengan menggunakan slot
Liga Ilmu, tetapi yang mushkilnya adalah mengenai ilmu apa yang hendak
disampaikan oleh pihak produksi tersebut kepada para penonton terutama Muslimin
dan Muslimat. Tetapi tidak dinafikan, memang ada ilmu yang boleh dikongsi kan
bersama… Namun, apa yang lebih tertonjol daripada program ini adalah pemikiran
jumud antara mentor-mentor remaja itu dengan pendebatan berlainan jantina,
berhujah untuk memenangkan jantina masing-masing. Kadang2
nampak mcm nak bergaduh pun ada bila ada pihak meninggikan suara dan agak beremosi untuk seolah-olah cuba mempertahankan ego
masing2.. Antaranya
permasalahan yang saya nampak ialah
Pertama)
Tajuk yang tidak bersesuaian dan menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh, tajuk
debat seperti "Lelaki adalah pemimpin secara Mutlak.." "Isu
buang bayi. Salah siapa (Lelaki atau Wanita)..??" "Isu perceraian.
Salah lelaki atau perempuan..". Relevan kah?
Kedua)
Konsep rancangan ini, iaitu mempertahankan GENDER. Para peserta debat
Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang berlainan gender akan bermatian menyokong
hujah masing-masing. Bertegang urat demi menegakkan bahawa gender mereka
terbaik, gender mereka dipihak yang benar, sementara pihak lawan sudah pastinya
menjadi pesalah pada setiap isu-isu perdebatan. Hal ini sudah pastinya boleh
menimbulkan fitnah kepada para pendebat yang berstatus Imam Muda dan Ustazah
Pilihan.
Dan
kadang-kadang sampai tiada satu solusi yang bijaksana dan baik yang boleh
diambil oleh penonton sebagai rujukan untuk penambah baikkan kehidupan seharian
pada pengakhiran rancangan tersebut. Sehinggakan ada kawan dan sahabat saya
mempersoalkan apa ilmu yang kita dapat daripada rancangan ini. Hanya tahu macam
mana kita nak berdebat dengan wanita apabila isu ini dipersoalkan.
Namun
bukan semua buruk, ada episod yang boleh mengembangkan minda kita dengan hujah-hujah
yang bijaksana dan baik. Bagi saya lebih suka hujah daripada Imam Muda Ashraf,
Hassan dan Amiril serta seorang daripada Ustazah Pilihan yang saya tak kenal
namanya. Mereka ini cukup bagus dalam menyampaikan hujah yang sentiasa
mewujudkan toleransi, kerjasama, kasih sayang dan sifat-sifat murni seorang Muslimin
atau Muslimat untuk bersama-sama memberi tanggungjawab terhadap sesuatu isu. Hujah
mereka sentiasa menyatakan sekiranya salah wanita, ada juga salah lelaki,
sekiranya wanita betul ada lelaki betul dan sebaliknya.
Namun
ini sekadar pendapat saya yang lemah ilmu ini. Tetapi saya harapkan teguran
serta pendapat dara para sahabat sekalian untuk dikongsi bersama bagi
mengembangkan ilmu serta pemikiran kita… sebarang komen atau pendapat boleh
diletakkan di ruang comment dibawah atau di facebook saya…..
SEKIAN
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment