WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, August 6, 2012

FINAL BADMINTON OLYMPICS LONDON 2012


2 Pahlawan Badminton dunia berentap bagi merebutkan Pingat Emas Sukan Olimpik London 2012 iaitu Lee Chong Wei, Malaysia menentang Juara Bertahan dari China Lin Dan. Setelah 79 minit berlalu di Arena Wembley dengan perlawanan yang amat sengit serta mendebarkan, ternyata Tembok Besar China susah dirobohkan oleh Dato Lee Chong Wei yang merupakan satu-satunya atlet harapan Malaysia bagi membawa pulang  Pingat Emas Pertama sukan Olimpik ke Malaysia masih tidak kesampaian.
Sesiapa pon tidak boleh menafikan kejaguhan kedua-dua permain Badminton tersebut dengan menunjukkan perlawanan yang sangat sengit, dengan masing-masing memberikan 100% kekuatan sebenar untuk memenangi perlawanan. Namun kehebatan Lin Dan selaku pemain no-1 dunia dan Juara Bertahan ternyata susah mahu dilawan. Pada set pertama, Lee Chong Wei sudah menunjukkan semangat sebenar untuk melawan dan Lin Dan banyak melakukan kesalahan jarak lalu dimenangi oleh pemain Malaysia.

Tetapi di set kedua, Lin Dan tanpa menoleh ke belakang jauh meninggalkan Dato Lee Chong Wei dan dengan mudah permain China tersebut memenangi set kedua. Dan di set ketiga, perlawanan sengit ditunjukkan dengan perbezaan mata tidak jauh antara satu sama lain dengan sering bertukar untuk mendahului. Namun, kesilapan Lee Chong Wei di mata-mata terakhir serta kehebatan Lin Dan telah berjaya memenangi set penentuan dan memenangi Pingat Emas keduanya di temasya Sukan Olimpik.




Sekali lagi lagu Negaraku sepi di Kota London mahupun di temasya Sukan Olimpik dengan lagu kebangsaan China telah berkumandang untuk kali keempat di dewan tersebut setelah mix double, women double, perseorangan wanita dan lelaki badminton di menangi oleh permain Tembok Besar. Tetapi di penghujung perlawanan menunjukkan 2 tangisan yang berbeda iaitu tangisan kegembiraan oleh Lin Dan kerana dia tahu perlawanan tersebut amat susah dan sengit untuk dimenangi.


Manakala tangisan kesedihan menimpa kem negara terutama jaguh badminton negara Lee Chong Wei dengan tertewasnya di tangan permain China tersebut kerana ini mungkin sukan Olimpik terakhir kepada beliau sebelum mengantungkan raketnya untuk bersara dari arena sukan badminton. Tetapi tewasnya beliau adalah ketewasan bermaruah dengan keazaman dan semangat juang yang jitu. Masihkah kita ingat bahawa Lee Chong Wei mengalami kecederaan yang teruk sebelum kejohanan ini berlangsung tetapi dia masih berusaha memulihkan kecederaannya dengan cepat sehinggakan dunia terkejut dengan penyembuhan drastik beliau dan WADA iaitu satu badan dunia sukan bagi memeriksa penggunaan dadah terlarang dari atlet, mengadakan pemeriksaan mengejut pada Lee Chong Wei kerana mereka merasakan mustahil bagi seseorang pulih dari kecederaan yang teruk dengan kadar cepat.




Namun persoalan terakhir, sekiranya Dato Lee Chong Wei bersara, siapakah akan menjadi pengganti beliau untuk meneruskan generasi kehebatan permain negara? Tetapi, kita masih boleh memberikan harapan kepada permain muda seperti Zulfadli, Misbun Ramdan, Chong Wei Feng, Ariff Latif dan ramai lagi untuk meningkatkan kekuatan serta teknikal masing-masing sekiranya ingin menjadi juara dunia mahupun meneruskan legasi Olimpik negara untuk mencari pingat emas idaman seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE