Malam Yang Lebih Baik Dari 1000 Bulan |
Alhamdulillah, Syukur kita kepada ALLAH kerana masih memberi kehidupan dan nyawa kepada kita semua untuk terus melakukan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR… Di kesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan ini lah kita perlu memperbanyakkan pahala dan menghapuskan dosa-dosa yang lalu dengan memohon taubat… Dengan 10 malam Ramadhan terakhir ini, ALLAH telah menjanjikan Pembebasan dari Api Neraka kepada kita dan malam yang ;ebih baik dari 1000 Bulan iaitu Malam Lailatul Qadar…
“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.
Malam Lailatul Qadar adalah satu-satunya malam yang penuh dengan keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan (Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).. Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Antara Amalan-Amalan Mulia Untuk Mendapatkan Keberkatan Lailatul Qadar :
1) Qiamulail
2) Zikirullah
3) Berdoa
4) Membaca Al-Quran
5) Bermunajat
6) Dan banyak lagi amalan yang diredhai ALLAH
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIM TUHIBBUL,
‘AFWA FA’FU ANNI”.
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
No comments:
Post a Comment