WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Wednesday, August 17, 2011

NUZUL AL-QURAN



Assalamualaikum.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam memperingati serta mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam agama Islam seperti Perang Badar iaitu Perang pertama dan khususnya Hari Nuzul Al-Quran. Tahun ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ogos 2011. Memang sesuai sekali dengan peristiwa Nuzul Al-Quran yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia iaitu 17 Ramadhan 1432H.

PERISTIWA BESAR

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

 Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

AMALAN YANG SERING DILAKUKAN PADA NUZUL AL-QURAN

Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

Allah dah menjanjikan permulaan Ramadhan itu Rahmat, Pertengahannya adalah MAGHRIFAH (Keampunan) dan Penghujungnya adalah Kebebasan daripada Api Neraka. Jadi tanggal 17 Ramadhan masih dalam pertengahan bulan Ramadhan jadi ini adalah masa MAGHRIFAH. Jadi inilah masanya juga kita perlu perbanyakkan amalan-amalan baik terutama yang sunat seperti Zikirullah, Solat Sunat, Membaca Al-Quran dan sebagainya agar kita memperoleh keampunan dari yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA BESAR. Dan kita juga akan melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan yang salah satu malamnya lebih baik dari 1001 malam. Jadi kita ambil tarikh besar Nuzul Al-Quran ini agar bermula mencari Fadhilatnya sebelum terlambat… InsyaALLAH

1 comment:

Askwhat said...

semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan kali ni.slamat berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE