Satu perlawanan yang
amat menarik untuk ditonton iaitu Perlawanan Persahabatan di antara Malaysia
(Harimau Malaya) vs Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam
yang disaksikan kira-kira 40000 penonton yang rata-ratanya berpakaian serba
merah.
Pada babak pertama,
perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berusaha menembusi pertahanan
lawan tetapi gagal. Banyak juga serangan berbahaya yang telah dilakukan oleh
anak buah Datuk K. Rajagopal dengan serangan diketuai pemain Pelita Jaya iaitu
Safee Sali dan NorShahrul Idlan Talaha namun banyak diselamatkan oleh penjaga
gol kedua Arsenal, Mannone. Namun pada minit ke 45 + 2, akhirnya Malaysia
memecahkan kebuntuan dengan jaringan cantik daripada pemain tengah ATM, Azmi
Muslim dari jarak 30m menewaskan Mannone.
Pada babak kedua,
Arsene Wenger dan Dato K. Rajagopal telah menukarkan kesemua pemain mereka untuk
memberi peluang bermain di atas padang. Dengan keluarnya pertahanan kental
seperti Subra, Aidil Safuan, dan termasuk di bahagian tengah dan serangan
seperti Safee Sali, Malaysia seolah-olah hilang tumpuan terutama di 10minit
terakhir perlawanan dan dengan mudah Arsenal menyumbat 2 gol melalui jaringan
Thomas (m-87) dan Chuck Aneke (m-90) lalu memenangi perlawanan dengan 2-1
menewaskan penjaga gol Harimau Malaya.
Pada malam tersebut, 2
permain yang memang menyerlah dan terbaik iaitu Safee Sali dan penjaga gol
kedua Harimau Malaya, Farizal Marlias. Safee Sali walaupun tidak menjaringkan
gol namun berjaya kucar-kacir kan pertahanan Arsenal. Manakala Farizal Marlias
bergitu gah untuk ditewaskan oleh bahagian serangan Arsenal. Namun akibat
barisan pertahanan yang rapuh akhirnya dia tertewas dua kali di penghujung
perlawanan yang mana satu gol akibat biasan terkena kaki pertahanan menyulitkan
Farizal Marlias untuk melawan.
Walaupun Pasukan
Kebangsaan tewas namun kali ini mereka tewas bermaruah dengan corak yang
terbaik dari pemain terbaik Malaysia. Dengan banyak serangan berbahaya yang
telah dilakukan tetapi telah digagalkan oleh kekentalan pertahanan
Arsenal.Seperti biasa kerapuhan pertahanan di minit-minit terakhir menyebabkan
Malaysia berputih mata. 2 gol tersebut bukanlah disebabkan kekentalan pemain
muda Arsenal tetapi kerana kerapuhan pertahanan Harimau Malaya. Perlawanan ini
amat peting untuk menilai squad Malaysia sebelum perlawanan AFF Suzuki 2012
pada November nanti untuk memastikan misi mempertahankan kejuaraan pada edisi
lalu.
ARSENAL:
Mannone; Jenkinson, Vermaelen, Djourou, Gibbs; Diaby, Arteta, Coquelin; Santos,
Gervinho, Chamakh. Pemain gantian: Szczesny, Fabianski, Bartley, Miquel,
Yennaris, Eastmond, Song, Eisfeld, Aneke, Walcott, Oxlade-Chamberlain, Ryo,
Afobe.
MALAYSIA ALL-STARS: Razali, Abdul Radzak, Azmi
Muslim, Idlan Talaha, Mohd Sali, Shakir Shaari, Kunanlan, Md Akil, Umar, Safiq
Rahim, Putra Omar. Pemain gantian: Abu Samah, Amar Rohidan, Ashaari Shamsuddin,
Bakhtiar, Che Mat, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Jasuli, Kuong
Yong, Marlias, Mohd Ali, Muhymeen, Muslim Ahmad, Nazmi Faiz, Rahman,
Subramaniam, Tajuddin.
No comments:
Post a Comment