Akhirnya setelah
penantian 4 tahun selepas di Beijing 2008, kini SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 telah
pun membuka tirainya secara rasmi semalam tepat pada pukul 4.00 pagi waktu Malaysia
dengan berlangsung dengan gahnya di Olympic Stadium dengan kehadiran berpuluh
ribu penonton mahupun atlet dari seluruh dunia. Dengan penyertaan hampir 30,000
atlet yang bertanding mewakili lebih 50 buah negara dari seluruh dunia.
Upacara dimulakan
dengan larian membawa masuk obor kejohanan oleh Sir Steve Redgrave diiringi 500
pekerja yang membina Stadium Olimpik tersebut. Konsep malam pembukaan tersebut
bertemakan evolution of Great Britain (British) sejak dulu hinggalah ke zaman
moden dengan pelbagai persembahan yang ditonjolkan termasuklah kehadiran
pelakon James Bond, Mr Bean, juga pemain bola sepak sensasi England iaitu David
Beckham dan banyak lagi.
Paling menarik adalah
perubahan permukaan stadium yang bertukar mengikuti peredaran zaman iaitu
dimulakan dengan zaman dahulu kala yang lebih kepada pertanian sebelum bertukar
kepada zaman era kemegahan British iaitu era perindustrian dengan keluarnya
corong-corong asap seperti kilang zaman pertengahan sambil mengeluarkan asap. Selepas
itu, berubah kepada era kemodenan dengan zaman internet seperti twitter dan
pelbagai lagi persembahan yang cukup menarik dan unik.
Setelah itu, kemasukan rombongan
besar para atlet dari pelbagai negara dari seluruh dunia termasuklah atlet dari
Malaysia yang diketuai oleh atlet Terjun negara, Pandalela Rinong selaku
pembawa bendera Jalur Gemilang diikuti beberapa atlet Malaysia yang lain
kecuali Dato Lee Chong Wei yang dinasihatkan untuk tidak bersama mengikuti perarakan
ini kerana untuk menjaga kakinya yang baru pulih dari kecederaan.
Setelah majlis
perasmian semalam, bermulalah perjuangan memburu pingat, nama, rekod dan kemasyhuran
secara rasmi. Termasuklah juga 30 atlet negara yang memburu pingat emas pertama
Malaysia dalam kejohanan Olimpik yang sudah masuk ke edisi ke-30nya. Dengan sandaran
lebih kepada acara Badminton, namun acara lain juga boleh memberikan kejutan
seperti terjun, menembak dan memanah. Kita harapkan para Team Malaysia dapat
melakukan sesuatu untuk memenangi pingat yang diidam-idamkan oleh seluruh
rakyat Malaysia. InsyaALLAH….
SENARAI ATLIT MALAYSIA DI SUKAN OLIMPIK LONDON 2012
Terjun
-Bryan Nickson Lomas: 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama, 10m platform individu
-Yeoh Ken Nee: 3m papan anjal individu lelaki
-Huang Qiang: 3m papan anjal seirama
-Pandelela Rinong: 3m papan anjal seirama wanita, 10m plaftform individu, 10m papan anjal seirama.
-Leong Mun Yee: 10m platform seirama wanita
-Traisy Vivien Tukiet: 10m platform individu wanita
-Cheong Jun Hoong: 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama
-Wendy Ng Yan Yee - 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama
AKUATIK (Renang )
-Khoo Cai Lin: 800m gaya bebas wanita
-Heidi Gan: 10km laut terbuka
BADMINTON
-Datuk Lee Chong Wei: Perseorangan lelaki
-Tee Jing Yee: Perseorangan wanita
-Koo Kien Keat/Tan Boon Heong: Beregu lelaki
-Chan Peng Soon/Goh Liu Ying: Beregu campuran
BERBASIKAL (Trek)
-Mohd Azizulhasni Awang: Keirin, 200m pecut lelaki
-Josiah Ng: Keirin, 200m pecut lelaki
-Fatehah Mustapa: Keirin wanita
BERBASIKAL (Lebuh Raya )
-Mohd Adiq Hussainie Amir Mustafa
LAWAN PEDANG
-Yu Peng Kean: Sabre individu
MEMANAH
-Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin: Berpasukan/Individu Recurve
-Nurul Syafikah Hashim: Recurve individu wanita
MENEMBAK
-Nur Suryani Mohd Taibi: 10m air rifle wanita
KAPAL LAYAR
-Khairulnizam Mohd Affendy: Laser Standard
OLAHRAGA
-Lee Hup Wei: Lompat Tinggi lelaki
-Noraseela Khalid: 400m lari berpagar wanita

No comments:
Post a Comment