Sebenarnya
dalam hidup ini apa yang kita cari?
Ada yang
menjawab harta, wang ringgit, kebahagiaan, keluarga yang bahagia, kawan yang
ramai dan sebagainya. Namun, walaupun semuanya ada digenggaman, ada kalanya
kita merasa resah. Walau acap kali kita merasa terlalu
bahagia seperti dunia ini kita yang punya kerana, rasa gelisah tetap juga
mengusik jiwa... Tidak tahu apa puncanya...
Kenapa ada
waktu kita resah dan ada waktu pula kita merasa bahagia?
Cuba sahabat-sahabat meletakkan tangan ke dada dan rasa
degupan jantung anda serta sebutlah astaghfirullahal 'Azim dengan rendah hati.... Apa yang
sahabat rasa? Seakan wujud satu rasa keinsafan dan kesedihan bukan? Sedih itu
bukan bererti kita sedih meratapi tetapi sebenarnya ketenangan yang abadi
hinggap di hati apabila kita mengingati Allah.
Cuba
sahabat-sahabat tunduk, merasakan diri ini lemah di hadapan Allah. Mata yang
melihat ini anugerah Allah, tangan yang bergerak ini kepunyaan Allah, kaki yang
berjalan ini milik Allah... Apa yang sahabat rasa? Pastinya timbul rasa
kerendahan hati di hadapan Allah bukan? Dan tidak semena-mena perasaan
resah gelisah yang tidak tahu puncanya itu hilang sedikit demi sedikit...
Pada waktu kita merasakan terlalu sedih, hina dan tidak
berdaya, kita cuba menyebutastaghfirullahal 'Azim... Mengenang
kembali dosa-dosa yang terdahulu seterusnya memohon ampun kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh. Adakalanya kita merasakan diri kita bebas dari dosa.
Sepanjang hidup kita tidak pernah melakukan dosa.
Apakah
maksud perasaan itu? Ia bermaksud kita sombong di hadapan Allah. Kita merasakan
diri kita sudah terlepas dari azab seksa atas usaha kita sendiri bukan atas
belas ehsan dari Allah SWT.
Seketika
kita berasa diri kita kosong, tanpa ada sebab yang kukuh. Sehingga kita
tertanya-tanya apa sebenarnya yang kita telah lakukan sebentar tadi sehingga
kita terasa sebegitu kosong. Ini kerana kita belum temui lagi kebahagiaan dan
ketenangan yang sebenar. Kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah
kepada Allah.
Apa sahaja
yang kita rasa samada bahagia atau sengsara, kuncinya adalah dengan kembali
kepada Allah. Akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabaila
hati diikat pada tali Allah. Kita memerlukan Allah dalam hidup kita sedangkan
Allah tidak memerlukan sesiapa...
Siapa kita
tanpa Tuhan yang mencipta... Di mana kita layaknya jika Allah tiada di hati?
Sumber Daripada : ILuvIslam.com
No comments:
Post a Comment