Separuh masa pertama, dapat
dilihatkan corak permainan antarabangsa dan kemahiran individu yang tinggi
ditunjukkan oleh pemain-pemain daripada Manchester City seperti pemain Kun
Aguero, Tevez, Toure, dan ternyata mereka berada di kelas tersendiri untuk
mengusai permainan dengan serangan berterusan menyebabkan jentera pertahanan
mahupun tengah Malaysia bekerja keras untuk mengekang serta mempertahankan
pintu gol daripada dibolosi pihak lawan. Namun, akhirnya akibat keadaan kelam
kabut sebentar di barisan bawah akhirnya menyebabkan Kun Aguero berjaya
menumpaskan hampir 4 orang pertahanan dengan gelecekan bola yang akhirnya
menewaskan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias di minit- 17.
Separuh masa kedua, terutama
di awal minit permainan telah menunjukkan mentaliti dan sikap pertahanan
Malaysia yang sambil lewa membiarkan gol-gol yang agak mudah dijaringkan oleh
permain Manchester City pada 10 minit awal separuh masa kedua melalui Carlos Tevez m-48 dan Adam Johnson m-52. Namun selepas
itu, jentera Malaysia kembali memperkemaskan permainan dan banyak mematahkan
serangan lawan dan sekali sekala memasuki kawasan Manchester City untuk
melakukan serangan.
Gol sagu hati dari
Malaysia dari pada Azamudin Akil pada m-87 dari hantaran cantik Shakir Ali
kepada Mahali Jasuli sebelum lorongan cantek kepada Azamudin Akil. Setelah gol
tersebut pasukan Malaysia barulah seperti bernafsu kembali untuk menyerang dan
berjaya juga mengucar kacirkan permain pertahanan Manchester City. Namun
segala-galanya sudah terlambat buat kebangkitan Malaysia
Tak banyak serangan
yang dapat dilakukan oleh permain Harimau Malaya dengan tolakan jauh serta
dekat mahupun gelecek sering digagalkan oleh permain Manchester City yang
ternyata bukan sahaja miliki skil tinggi tetapi perbezaan tubuh badan amat
ketara antara kedua-dua pasukan. Namun, sekiranya barisan pertahanan
menunjukkan corak seperti di babak pertama, kemungkinan besar mush tradisi di
AFF Suzuki akan berasa takut serta pening kepala mencari strategi terbaru untuk
menewaskan pertahanan Malaysia.
Senarai Pemain Malaysia All Star XI
· FARIZAL MARLIAS / KHAIRUL FAHMI
· AIDIL ZAFUAN
· SUBRAMANIAM / FAIZAL MUHAMMAD
· AZMI MUSLIM / MAHALI JASULI
· BUNYAMIN OMAR / ROZAIMI ABD RAHMAN
· GARY STEVEN ROBBAT
· SYAFIQ RAHIM / KHYRIL MUHYMEEN
· BADDROL BAKHTIAR / AZAMUDIN AKIL
· S KUNALAN / AMIRIZWAN
· NORSHAHRUL IDLAN TALAHA / SHAKIR ALI
· SAFEE SALI / SHAKIR SHAARI
Senarai Pemain Manchester City Summer Tour
Pablo Zabaleta, Kolo Toure, Yaya Toure, Vincent Kompany, Marcos Lopes, Aleksandar Kolarov, Sergio Aguero, Carlos Tevez, Costel Pantilimon, Vladimir Weiss, Stefan Savic, Dedryck Boyata, Luca Scapuzzi, Eirik Johansen, Gunnar Neilsen, Karim Rekik, Abdul Razak, Denis Suarez, Filippo Mancini, Adam Johnson, George Evans
Saya juga percaya
melalui 2 perlawanan bersama kelab yang antara terhebat di dunia terutama di
liga England banyak pengalaman yang ditimba serta banyak juga kelemahan yang
perlu dibaiki skuad negara untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki September
nanti. Dan saya juga percaya dengan aksi Harimau Malaya untuk 2 perlawanan
persahabatan ini mampu membuatkan pasukan seperti Indonesia, Singapura mahupun
Thailand gentar dengan kekuatan terkini permain Malaysia.
No comments:
Post a Comment