WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, July 9, 2012

IMAM MUDA VS USTAZAH PILIHAN



Sebuah rancangan yang ditayangkan di Astro Oasis pada slot LIGA ILMU Musim Ketiga. Rancangan ini lebih berkonsepkan pendebatan di antara Imam Muda musim pertama, kedua serta Ustazah Pilihan musim pertama dengan di moderator oleh penceramah bebas, Ustaz Ridhuan Tee yang disiarkan setiap hari Khamis…
Tetapi (Ini Sekadar Pendapat Dari Saya) 
Dengan menggunakan slot Liga Ilmu, tetapi yang mushkilnya adalah mengenai ilmu apa yang hendak disampaikan oleh pihak produksi tersebut kepada para penonton terutama Muslimin dan Muslimat. Tetapi tidak dinafikan, memang ada ilmu yang boleh dikongsi kan bersama… Namun, apa yang lebih tertonjol daripada program ini adalah pemikiran jumud antara mentor-mentor remaja itu dengan pendebatan berlainan jantina, berhujah untuk memenangkan jantina masing-masing. Kadang2 nampak mcm nak bergaduh pun ada bila ada pihak meninggikan suara dan agak beremosi untuk seolah-olah cuba mempertahankan ego masing2.. Antaranya permasalahan yang saya nampak ialah


Pertama) Tajuk yang tidak bersesuaian dan menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh, tajuk debat seperti "Lelaki adalah pemimpin secara Mutlak.." "Isu buang bayi. Salah siapa (Lelaki atau Wanita)..??" "Isu perceraian. Salah lelaki atau perempuan..". Relevan kah?

Kedua) Konsep rancangan ini, iaitu mempertahankan GENDER. Para peserta debat Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang berlainan gender akan bermatian menyokong hujah masing-masing. Bertegang urat demi menegakkan bahawa gender mereka terbaik, gender mereka dipihak yang benar, sementara pihak lawan sudah pastinya menjadi pesalah pada setiap isu-isu perdebatan. Hal ini sudah pastinya boleh menimbulkan fitnah kepada para pendebat yang berstatus Imam Muda dan Ustazah Pilihan.

Dan kadang-kadang sampai tiada satu solusi yang bijaksana dan baik yang boleh diambil oleh penonton sebagai rujukan untuk penambah baikkan kehidupan seharian pada pengakhiran rancangan tersebut. Sehinggakan ada kawan dan sahabat saya mempersoalkan apa ilmu yang kita dapat daripada rancangan ini. Hanya tahu macam mana kita nak berdebat dengan wanita apabila isu ini dipersoalkan.



Namun bukan semua buruk, ada episod yang boleh mengembangkan minda kita dengan hujah-hujah yang bijaksana dan baik. Bagi saya lebih suka hujah daripada Imam Muda Ashraf, Hassan dan Amiril serta seorang daripada Ustazah Pilihan yang saya tak kenal namanya. Mereka ini cukup bagus dalam menyampaikan hujah yang sentiasa mewujudkan toleransi, kerjasama, kasih sayang dan sifat-sifat murni seorang Muslimin atau Muslimat untuk bersama-sama memberi tanggungjawab terhadap sesuatu isu. Hujah mereka sentiasa menyatakan sekiranya salah wanita, ada juga salah lelaki, sekiranya wanita betul ada lelaki betul dan sebaliknya.

Namun ini sekadar pendapat saya yang lemah ilmu ini. Tetapi saya harapkan teguran serta pendapat dara para sahabat sekalian untuk dikongsi bersama bagi mengembangkan ilmu serta pemikiran kita… sebarang komen atau pendapat boleh diletakkan di ruang comment dibawah atau di facebook saya…..

SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE