WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Wednesday, July 4, 2012

QUALIFIERS AFC U22 ASIAN CUP 2013 (MALAYSIA vs MYANMAR)



Permain Harimau Muda Malaya seolah-olah tenggelam dengan sorakan ribuan penyokong Myanmar selaku tuan rumah kepada Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 22 yang menyaksikan pasukan Malaysia U22 tewas 1-2 kepada Myanmar U22 pada perlawanan yang terakhir peringkat kumpulan G yang bertempat di stadium Yangon, Myanmar.


Keseluruhan perlawanan menunjukkan banyak kelemahan yang tidak sepatutnya terjadi di atas padang oleh pemain Malaysia terutama di bahagian pertahanan yang sering kucar-kacir dan tidak tentu arah apabila diserang oleh jentera serangan pasukan lawan. Ketumpulan jentera serangan walaupun diketuai oleh Rozaimi yang merupakan penjaring terbanyak bagi kumpulan G serta bahagian tengah yang serba tidak menjadi dengan hantaran yang mudah dipatahkan


Walau bagaimanapun, pujian harus diberi kepada anak-anak buah Ong Kim Swee kerana tetap terus memberikan tentangan kepada pemain Myanmar sehingga kebanyakan masa dihabiskan dengan lakonan hebat oleh pemain tuan rumah itu dengan sengaja merebahkan diri bagi melambatkan permainan.


Rozaimi Abdul Rahman - Penjaring 10 Gol

Kedua-dua jaringan Myanmar itu telah dijaringkan oleh Kaung Shi Thu pada minit ke 34 dan 53. Walaupun pada saat-saat akhir Malaysia menunjukkan serangan yang baik Cuma tidak bernasib baik serta kekentalan pemain Myanmar yang kebanyakan berkubu di kawasan sendiri setelah mendahului 2-0. Jaringan sagu hati hasil tendangan penalti setelah pemain Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman dijatuhkan di dalam kotak penalti dan disempurnakan permain itu sendiri dan melengkapkan 10 jaringan sepanjang kelayakan bagi kumpulan G. Dan segala-galanya sudah terlambat bagi pemain Malaysia untuk sekurang-kurangnya mendapat seri bagi perlawanan tersebut.

Oleh itu, tertutup sudah peluang Malaysia untuk meneruskan perjuangan di Piala Asia AFC U22 2013 ~Myanmar~  secara automatik. Masih ada banyak lagi kelemahan serta mentaliti permain Malaysia yang perlu dibaiki dan ditingkatkan untuk masa akan datang serta mampu menggegarkan serta mengharumkan nama Malaysia dia arena Bola Sepak Dunia satu hari nanti. Jumpa lagi di PIALA AFF SUZUKI 2012, NOVEMBER ini dengan Harimau Malaya pasti meneruskan perjuangannya untuk mempertahankan piala tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE