WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, October 17, 2011

DIARI SEORANG PENGARAH "MINGGU INTERAKSI SISWA (MIS)" SIDANG 2011/12

Pengarah Program "Minggu Interaksi Siswa"


Setelah beberapa lama, saya tidak meng-update dalam blog Army_Rules nie disebabkan kekeringan idea dan kemalasan, akhirnya saya terfikir untuk merencanakan kenangan pahit, indah dan segalanya semasa saya dilantik menjadi Pengarah untuk MINGGU INTERAKSI SISWA (MIS) sempena pengambilan mahasiswa/I UniMAP yg baru bagi sidang 2011/12… Program anjuran MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN UniMAP 2011/12 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP dan pihak lain yang turut membantu secara langsung atau tidak….


Program ini bermula dari Khamis bertarikh 08 September 2011 dan berakhir Ahad 11 September 2011, namun sebenarnya MPKK juga terlibat dengan hari pendaftaran student baru iaitu pada Ahad, 4 September 2011… Pada hari pendaftaran ini, pelbagai ragam dan kejadian yang lucu, pahit, memenatkan dan sebagainya… Kejadian hari ini bermula seawal dari pukul 7.30pagi lagi… Pada  awalnya, kami dminta untuk membuat final check di kesemua blok di Kolej Kediaman Wang Ulu dengan memasang banner, penanda aras dan sebagainya di merata tempat sebelum terdapat satu taklimat bersama pengurusan kolej kediaman…

Setelah itu, saya dipertanggung jawab untuk membahagikan tugas dan tempat kepada ahli MPKK sebelum kedatangan para Mahasiswa/I yang baru ke kolej kediaman… Tepat pada pukul 10.15 pagi kedatangan kenderaan pelajar berserta ibu bapa masing-masing yang pada awalnya sedikit, namun makin lama makin bertambah dan menyebabkan keadaan di Wang Ulu semakin sesak… Namun, dengan kerjasama dari semua pihak keadaan masih lagi terkawal walaupun ada sedikit complaint dari ibu bapa mahupun dari student sendiri dan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan…

Pada hari tersebut, saya membuat pelbagai pekerjaan yang kadang-kadang bagi saya amat melucukan kerana pada mulanya saya menjadi salah sorang dari MPKK yang menjaga di Khemah pendaftaran dan juga di spot yang telah ditetapkan, namun saya ada menerima arahan baru dari pihak atasan supaya membantu Pihak Keselamatan UniMAP untuk menjaga keadaan di jalan raya yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan… Oleh itu, hampir 4 jam jugalah saya membuat muka kering, duduk tengah jalan sambil memberi arahan seperti seorang Polis Trafik kepada kenderaan yang datang…

Pelbagai lagilah kenangan yang menjelma semasa hari Pendaftaran ini dengan salah satunya menjadi polis trafik dan selain itu terpaksa memekakkan terlinga dari mendengar komen yang agak panas yang kadang berasas tapi yang tak tahan tuh yang komen macam anak dia diva saja nak itulah inilah (hahahaha jgn marah), tetapi itulah lumrah kehidupan yang ditempuhui oleh pasukan MPKK saya yang memang mengalami masalah kekurang ahli kerana masalah2 tertentu, namun kami berjaya juga mengharunginya dengan jaya…

             Kalo ikutkan hati banyak lagi benda yang saya nak tulis tapi cukuplah setakat ini untuk hari pendaftaran student baru bagi sesi 2011/12… Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan misi kali ini yang bagi saya amat berjaya walaupun ada sedikit masalah … Dan jutaan terima kasih kepada ahli MPKK yang terlibat pada hari tersebut di atas kerjasama yang amat terbaek dari setiap aspek sehinggakan ada yang tidak sempat makan, penat, lenguh kaki dan sebagainya namun semua itu lumrah dan berjaya kami harungi bersama sebagai satu team MPKK… TAHNIAH… dan kepada Mahasiswa/I UniMAP sidang 2011/12, SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, DAN SELAMAT BERGELAR MAHASISWA UNIVERSITI



Saya Bersama Syaiful (Penolong Pengarah1) dan Pika (Penolong Pengarah 2)

Mesyuarat MIS Bersama Cik Harnila Rusli (Pengurus Asrama)

Pas Habis Meeting

Mengangkut Air Tuk MIS

Perbincangan Sukan MIS

Biro Multimedia

Kerja-Kerja juga Makan Mesti hehehhee

Bersemangat Saja 

Terlampau Bersemangat hahahaha

Malam Penutup MSK



Anda Boleh Melawat Program MIS Yang Lain di Post yang Di Bawah...
Terima Kasih dan Selamat Melawat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE