Gambar Sekadar Hiasan Muslimah Terpuji 
 ...
 WANITA YANG PATUT DICONTOHI MUSLIMAH ERA GLOBALISASI...
Wanita  ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad  s.a.w  sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu  syurga.
Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari,   ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak   sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.
Puteri Firaun berasa hairan lalu  bertanya, siapakah ALLAH itu?  Masyitah engan menjawap tetapi terus  didesak bertubi-tubi. Akhirnya,  beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah  TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN  sekalian alam.
Puteri  itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila  marah. Ini  kerana Masyitah menyembah Tuhan yang lain selain dirinya.  Firaun memaksa  Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai Tuhan  tetapi dengan  penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan  kamu adalah ALLAH."
Firaun  semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu  tembaga berisi  minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah  dan ahli  keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. 
Sewaktu  giliran  anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana  sayangkan  anaknya.
Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku. Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,
"Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran."
Lalu  Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan   mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah  manusia  biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di  tangan Firaun  yang durjana.
Melalui  pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan  tersebar.  Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh  insan yang  sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan  agama nenek  moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka  mencari-cari agama  yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh  kehidupan. Akhirnya mereka  mendapati, Islam itu agama yang benar lalu  mereka memilih untuk menganut  agama yang benar ini dan bersandar dengan  sepenuh jiwa raga meskipun  diseksa atau terkorban nyawa. Apabila iman  telah kukuh dalam diri,  percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan  tidak lagi gentar untuk  dihadapi dengan penuh ketakwaan.
Pada  hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah  untuk  menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih  payah  pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan  sesukar  itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah  di  lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita  malah  menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita  ini  sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari  demi  sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun  terlalu  mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa  akan  nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di   perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.
Sumber : ILuvIslam.com 


No comments:
Post a Comment