WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, October 17, 2011

DIARI SEORANG PENGARAH MIS

HARI KETIGA

            Pada hari ini, program bermula awal iaitu pada pukul 7.30 pagi sepatutnya dengan aktiviti Senam Ria bertempat di Padang Wang Ulu, namun disebabkan factor cuaca yang tidak mengizinkan, aktiviti tetap diadakan juga walaupun bermula agak lewat dan bertempat di Dewan Terbuka Wang Ulu pula… Walaupun bergitu, aktiviti senam ria ini memang terbaek dengan cara En Rashid dari Pusat Sukan menjadi fasilitator senam robik pada pagi ini dengan gerakan yang amat menarik dan menghiburkan… Saya merasakan kesemua yang datang pada program ini bergitu enjoy dengan aktiviti ini…

            Selepas senam ria, aktiviti hari ini diteruskan dengan Program Sukan Permainan, seperti futsal, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang 3 sebelah dan sukaneka… Walaupun penyertaan amat mengecewakan tetapi ternyata para peserta bersemangat bersukan walaupun baru lepas hujan dan keadaan gelanggang yang sedikit basah dan licin tetapi itu bukan penghalang kepada mereka… Aktiviti tamat dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Abang Pubalan (Felo) dan saya sendiri selaku Pengarah MIS kepada para pemenang…

            Setelah zohor sepatutnya ada program Explorace untuk pelajar PPIPT yang bertempat di sekitar Kangar... Namun disebabkan factor cuaca buruk dan keselamatan program hari ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan program Ice Breaking PPIPT bertempat di Kolej Kediaman Simpang Empat, pada malam harinya… Antara aktiviti adalah, cheers, banner dan sporting group turut dipertandingkan pada malam tersebut dan bagi saya ternyata student bidang business nie sangat sporting dengan telatah dan gelagat mereka… Malam tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE