WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, October 17, 2011

DIARI SEORANG PENGARAH MIS

HARI PERTAMA

            Minggu Interaksi Siswa (MIS) bermula pada hari Khamis setelah habisnya program Minggu Sual Kenal yang dikenali oleh PPMS dan MPP UniMAP dengan aktiviti kami di MIS bermula di malam hari dengan program Perjumpaan Bersama Pengurusan Kolej Kediaman bagi Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani dan Tun Fatimah yang dipenghuni oleh semua pelajar baru bagi jurusan ijazah kecuali pelajar dari PPIPT…

            Pada petang tersebut, aktiviti MPKK sebenarnya telahpon bermula dengan perpindahan pelajar PPIPT dari Kolej Kediaman Wang Ulu ke Simpang Empat iaitu tempat penempatan pelajar Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan sahaja. Perpindahan bermula dari pukul 4.30 petang setelah semua pelajar pulang dari Dewan 2020… pada mulanya jangkaan perpindahan akan habis sehingga malam, namun kerjasama yang baik telah diberikan oleh dari pelajar PPIPT dan dari skuad MPKK telah melicinkan pejalanan kali ini dan perpindahan habis di Simpang Empat dalam likungan 6.30 petang…

            Pada malam tersebut bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan Wawasanku, setelah itu adalah taklimat mengenai peraturan kolej kediaman berdasarkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) oleh Syed Akhmal Syed Jamalil, Penolong Pengetua Kolej Kediaman… Melalui taklimat itu pelbagai peraturan yang dinyatakan oleh beliau, namun yang paling penting adalah isu merokok dalam hostel, berpakaian yang tidak sopan, couple, kenderaan dan banyak lagi…

            Setelah itu, program diteruskan dengan ucapan dari Pengarah MIS, Mohd Amirul Faiz Hashim iaitu saya sendiri… Ucapan saya merangkumi mengenai visi, misi dan perbentukan MPKK sebagai satu jawatan kuasa lain selepas MPP yang dipertanggungjawab dibahagian Kolej Kediaman. Selain itu, ucapan saya juga menyentuh mengenai MIS, peraturan dan banyak lagi sehinggalah acara terakhir adalah dengan memperkenalkan kesemua ahli MPKK yang terdapat pada malam itu… Setelah itu, program pertama tamat dengan sesi Q & A bersama pelajar baru…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE