WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, October 17, 2011

DIARI SEORANG PENGARAH MIS

HARI KEDUA

            Hari kedua saya mulakan dengan kejadian yang palin tidak diingini berlaku tetapi sering terjadi terutama kepada pelajar baru, kerana hal ini juga berlaku pada siding yang lepas… Kejadian bermula lebih kurang pukul 3.00pagi hari Jumaat, semasa itu saya berada di sebuah warung di Roundabout Kangar bersama-sama dengan kawan-kawan sekolah saya, tiba-tiba saya menerima panggilan daripada saudara Aminuddin (YDP MPP) yang menyatakan ada kejadian hysteria berlaku di Wang Ulu… Saya pon terus pulang dengan menaiki kereta sendiri dan akibat kejadian mengejutkan itu, saya memandu dari Kangar yang selalunya mengambil masa 15-20 minit telah sampai dengan 8minit sahaja dengan keadaan jalan raya yang lenggang.

            Sebelum itu saya menghubungi Penolong Pengarah MIS(wanita) untuk memantau di tempat kejadian terlebih dahulu sebelum saya sampai di Wang Ulu, dan apabila saya sampai di bawah blok berkenaan sudah kedengaran jeritan seorang siswi… Bertemankan 2 orang rakan SUKSIS saya, kami pon melangkah ke dalam blok tersebut dan menaiki ke aras tiga dan di situ sudah ada 2 orang rakan MPKK, pihak keselamatn  yang membantu dan rakan sebilik mangsa… Setelah itu, kami pon memanggil En Syed Akhmal & En Irhamuddin (Penolong Pengetua) untuk membantu dan keadaan terkawal semasa laungan Azan Subuh berkumandang dengan pelajar yang hysteria it upon kembali bertenang dan juga bersolat subuh… (sebenarnya banyak kejadian yg berlaku dalam masa 3 jam tersebut tetapi cukuplah sekadar menceritakan asasnya sahaja…)

            Setelah subuh, dengan kehadiran Ustaz Nazim(Pusat Islam) bersama seorang rakannya datang membantu untuk mencuba sedaya mungkin dan akhirnya dalam likungan 8 pagi keadaan bertambah terkawal walaupon tidak sepenuhnya… Kami di pihak MPKK pon meneruskan agenda program MIS kami seterusnya… Namun, kejadian  histeria pula berlaku ke atas 2 anak buah saya (MPKK) yang tadinya membantu pelajar histeria tersebut… Keadaan mereka juga sama dengan kejadian sebelumnya iaitu menjerit, tetiba menangis, gelak sorang diri dan sebagainya…

Oleh sebab itu, akitiviti seterusnya iaitu Ceramah Dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniMAP, saya tidak terlibat dan diserahkan kepada Penolong Pengarah(Lelaki) untuk diuruskan, manakala saya dan beberapa lagi ahli MPKK membantu Encik An, Pak Zuber dan Encik Zul (Pengurusan KK) untuk mencuba memulihkan kedua-dua ahli MPKK tersebut dan Alhamdulillah salah seorangnya sudah pulih sepenuhnya, namun seorang lagi mengambil masa agak lama untuk memulihkannya. Dan saya rasakan cukuplah takat ini mengenai kes ini sebab terlalu banyak kejadian yang berlaku sehinggakan saya secara personally tidak mampu membuat kerja dengan baik kerana risaukan kedua-dua anak buah saya dan mengharap kejadian sama tidak berulang kepada MPKK yg lain mahupun pelajar…

Program MIS diteruskan dengan aktiviti Merentas Desa yang bermula serentak di dua tempat yang berbeza iaitu KK Wang Ulu dan Simpang Empat… (Wang Ulu sahaja) Program bermula seawal pukul 5.00 petang dan berakhir dengan jayanya antara pukul 6.30ptg… Program bermula dengan senaman ringan sebelum larian yang dilepaskan oleh En Syed Akhmal bermula di Padang Wang Ulu dan berakhir di Dewan Terbuka dengan sesi penyampaian hadiah… Tujuan sebenar aktiviti merentas desa ini adalah bagi memperkenalkan kampong Wang Ulu yang juga mempunyai pemandangan yang cukup indah dan mempersona dengan trek larian yang sedia ada…

Pada malam itu, program bersama Pengurusan Kolej Kediaman KKI telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan taklimat peraturan Kolej Kediaman disampaikan oleh Penolong Pengetua KKI iaitu Cik Syaz dan En Hairy… dan program MIS untuk hari kedua pon tamat disini sahaja…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE