WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Friday, July 29, 2011

AKU, HARIMAU MALAYA DAN STADIUM NASIONAL


      

       Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil, Pusingan Kedua bagi Zon Asia menyaksikan perlawanan kedua diantara MALAYSIA (Harimau Malaya) vs Singapura bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia dengan keputusan berakhir Seri 1-1 sama... Namun Malaysia tidak layak ke pusingan seterusnya kerana Singapura menang dari segi agriget 6-4 dan seterusnya layak ke pusingan ketiga...

Pada separuh masa pertama tiada banyak yang ditonjolkan dengan kedua-dua pasukan mengambil langkah lebih berhati-hati dalam permainan... Pada separuh masa kedua, squad Malaysia mendapat gol penaik semangat dari Kapten Malaysia iaitu Safee Sali pada minit ke 57 dan merapatkan defisit gol kepada 4-5 dan memberikan sinar baru untuk memperoleh gol lagi... Namun seperti biasa kelemahan dan kelalaian pertahanan Malaysia membiarkan penyerang Singapura mudah melepasi barisan berlakang Malaysia yang hanya berhadapan dengan Khairul Fahmi Che Mat berseorangan dan menyebabkan gol penyamaan dijaringkan lalu merentap semangat permain permain Malaysia pada minit ke 72 dan selepas itu permainan Harimau Malaya terus merudum dan tak bermaya... Tetapi bagi aku, keeper Malaysia iaitu Kharul Fahmi adalah permain terbaik malam itu yang berjaya menghalang lebih banyak gol dijaringkan gara-gara kealpaan pertahanan negara...

Setelah bertahun-tahun, aku tidak menyaksikan permainan Bola Sepak secara langsung di stadium dan kini aku diberi kesempatan untuk menyaksikan Malaysia vs Singapura di Stadium Bukit jalil sendiri setelah mendapatkan tiket berharga RM 30 untuk tempat duduk biasa... Aku mulakan cerita semasa di stesen LRT Sungai Besi, setelah menunggu hampir 40minit dan melepaskan kira-kira 5/6 LRT kerana sudah penuh dan mampat dengan orang ramai yang rata-ratanya menuju ke Stesen Bukit Jalil... Jam menunjukkan sudah pukul 8.00mlm, aku dan abang ipar aku pon meredah dan menghimpit bersama di dalam LRT bersama yang lain namun aku bernasib baik masa aku masuk tuh kebanyakannya lelaki...

Setelah sampai aku masuk ke dalam stadium yang sudah pun dipenuhi penyokong-penyokong Malaysia anggaran seperti 40-55 ribu orang dan akibat penuh aku terpaksa menyaksikan permainan sambil berdiri di tangga sepanjang 90 minit kerana memang tempat duduk sudah penuh dan orang ramai terpaksa berhimpit satu sama lain tanpa mengira jantina tetapi aku melihatkan penyokong-penyokong Malaysia bersemangat dengan pelbagai lagu mengikut pukulan gendang seperti PERWIRA, Malaysia Ole Ole dan banyak lagi... Memang sorakan berterusan terutama semasa Malaysia mengelecek bola serta gol dari Safee Sali dan ada juga kemarahan penyokong kerana permainan Singapura yang banyak berlakon cedera di atas padang...

Aku juga berasa bangga kerana penyokong Malaysia terus memberikan semangat dan sorakan kepada permain Malaysia dan menaikkan semangat aku juga untuk terus bersorak dari awal hingga tiupan wisel terakhir dan sehingga tamat permainan juga ada penyokong Malaysia yang masih duduk dan bersorak walaupon Malaysia dah kalah termasuk aku dan geng-geng seperti Ultras Malaya, Angkatan Tentera Malaysia, dan ramai lagi tetapi aku SEDIH kerana pada minit ke 75 selepas Singapura menyamakan kedudukan ramai Rakyat Malaysia yang berpusu-pusu pulang dan keluar dari stadium walaupun wisel terakhir masih ada 20 minit sebelum berbunyi dan tak menunjukkan sifat-sifat semangat Sayangkan Malaysia... hmmm

Tapi kalau aku lah, tobat aku takmau datang lagi kerana penat siot berdiri sepanjang 90 minit dan 15 minit berehat kerana kepenuhan di Stadium sampai takda tempat untuk duduk dan selepas itu tanpa duduk langsu aku terus berjalan sambil berhimpit dengan orang ramai yang mahu keluar dari stadium setelah tamat perlawanan... Semua orang termasuk aku juga berhimpit beramai-ramai semasa menaiki LRT pulang ke Sungai Besi... Memang penat siot malam nie dengan kesesakan manusia di sana uishhh memang pas nie tengok siaran langsung dekat TV sudah heheheee....Lagi Selamat

Tidak mengapa team Harimau Malaya, jangan putus semangat, kami rakyat Malaysia sentiasa bersama kamu dalam perjuangan dan diharapkan mereka jangan mengenal erti putus asa... Mungkin tiada nasib di piala dunia 2014 kerana masih ada banyak lagi perlawanan dan persaingan akan datang... Teruskan berjuang HARIMAU MALAYA dan HARIMAU MUDA... Kalah menang kami tetap menyokong anda tidak kira apa pun jenis sukan... dan harap Harimau Malaya terus berjaya InsyaALLAH... Ayuh rakyat Malaysia teruskan menyokong perjuang-perjuang negara dalam bidang sukan...

HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM
AUM, AUM, AUMMMMM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE