WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Friday, July 15, 2011

Merantau Perlis > Kedah > Kuala Lumpur


            Tarikh 15 Julai 2011… setelah selesai membuat post pertama untuk blogspot terbaru aku pagi tadi yg bertajuk AKU SEORANG BLOGGER, aku bersiap sedia untuk berangkat pulang ke kampong aku yang bertempat di Kampung Penyarom, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah dari rumah sahabat aku iaitu Aqharie di Kampung Guru, Kangar. Setelah siap berkemas semua barang aku dan sempat bersembang dengan Aqharie lebih kurang 10-15minit aku pon berangkat pulang kira-kira pada pukul 5.00 pagi.

Pada malam sebelumnya, aku seperti biasa berlepak dengan geng-geng Perlis aku antaranya Aqharie, Ameng, Chad, Yasser, Syafiq, Fizi dan Pak Long bertempat di Momma Centre, Roundabout Kangar sambil menceritakan isu-isu semasa, berlawak, macam-macam cerita serta sambil shisha… Mungkin juga nie kali terakhir aku lepak dengan mereka kerana aku pon tidak pasti bila lak nak pulang ke Perlis dan kemungkinan aku pulang ke sana semasa Sem baru Universiti dibuka pada bulan 9 tambahan bulan Ramadhan sudah bergitu hampir dan aku lak skung berada di Kuala Lumpur…

Oleh sebab, aku melepak dengan kawan-kawan aku di roundabout hingga pukul 12.00 tengah malam dan pagi nanti aku kena pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki Bas pada pukul 10.00pagi jadi aku kena pulang ke Pendang lebih awal takut tidak sempat naik bas… Oleh itu, setelah lepak dengan Aqharie dirumahnya sambil melayari internet dan membuat blogspot baru untuk aku, aku pon berangkat pulang ke kampong tepat pada pukul 5.00 pagi…

Semasa dalam perjalanan dari Kangar ke Kedah mengunakan jalan lama iaitu jalan melalui Simpang Empat > Sanglang > Ayer Hitam > Alor Setar > Dato Kumbar > Pendang… Suasana dijalan raya pada waktu pagi-pagi ini amatlah kosong dan gelap, hanya beberapa kenderaan saja yang melalui di kawasan ini dan kebanyakannya adalah bas membawa penumpang dan kereta amat kurang waktu ini… Oleh kerana tiada kenderaan sangat aku pon memandu Kereta WAJA aku dengan berkelajuan agak tinggi juga antara 100-120 km/s…

Perjalanan yang selalunya memakan masa yang lama iaitu antara 45-sejam dari Kangar ke Pekan Alor Setar namun pada pagi ini aku memandu dengan keadaan renggang dan agak laju aku berjaya sampai dengan hanya mengambil masa 31 minit 44 saat dan hanya mengambil masa hanya 53minit 37saat sahaja untuk sampai ke Pendang iaitu rumah aku yang sebelum ini mengambil masa antara 1Jam 20Minit atau 1Jam 30Minit… dan semasa aku sampai di rumah lebih kurang pukul 6 pagi dan sudah pon masuk waktu solat subuh dan Alhamdulillah masa itu ayah dan mak aku pon sudah bangun untuk menunaikan solat subuh jadi tak perlu lah aku kejut mereka… Setelah sampai aku pon membawa masuk barang dan sembahyang subuh dahulu sebelum tidur kerana mata aku memang sudah tidak tahan mengantuk kerana memandu….

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi aku dan mak ayah aku bersiap untuk membawa aku ke stesen bas Shahab Perdana untuk menaiki bas berseorangan ke Kuala Lumpur… Sebelum itu kami bersarapan di Yasmeen Nasi Kandar dan aku menaiki bas Etika bernombor plat WUU 7755 berharga RM39… Tepat pada pukul 10.00 pagi bas aku pon mulai bergerak dan menuju ke Stesen Puduraya, Kuala Lumpur… Semasa dalam perjalanan ke KL aku lebih banyak tidur  almaklum laaa malam tadi pon aku tido tak sampai 2 jam setelah sampai ke Pendang dan sebelum tuh pon aku tak tidur langsung… Jam menunjukkan pukul 4.57 petang dan bas aku pon sampai ke destinasi walaupon terpaksa menempuh kesesakan lalulintas bermula jalan masuk ke Bandar Kuala Lumpur…

Apabila sampai saja aku berasa kagum dengan infrastruktur di Stesen Bas Puduraya yang sudah dinaik taraf dengan begitu hebat dan jauh lagi baik dari sebelumnya… Aku juga mengambil masa untuk melawat ke seluruh pelosok Puduraya baru yang mempunyai 4 tingkat utama iaitu tingkat bawah adalah tempat perhentian bas, Tingkat 1 tempat menunggu, tingkat 2 lot lot kedai dan tingkat 3 adalah tempat letaknya kaunter tiket bas… Setelah itu akupon pergi ke stesen LRT Plaza Rakyat yang berhampiran dan membeli tiket ke Sungai Besi dan di sana Kakak aku yang sulung menanti untuk mengambil aku ke rumahnya di Kem  Tentera Sungai Besi…

Nantikan ulasan dan pengalaman aku semasa menaiki LRT dari Plaza Rakyat ke Sungai Besi dengan pelbagai ragam dan karenah manusia semasa di atas LRT tersebut yang aku rasakan sesuatu keganjilan… TUNGGU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

cIk PikA said...

selamat berblogging.. hehe.. keep it up :)

Army_Rules said...

hahahhaa mencuba hahahaa

WM "Icad" Irsyad said...

too long didn't read...

Army_Rules said...

hahahahaa.... baru menghayati apa yg terjadi hehehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE