WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Sunday, July 24, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA DUNIA KUALA LUMPUR (ISTAF)



            Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Kuala Lumpur anjuran International Sepak Takraw Federation, ISTAF telah pon berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 21/07/2011 hingga 24/07/2011… Berdasarkan format baru daripada ISTAF iaitu system juri yang berlainan, sistem pengiraan mata 15 dan juga penggunaan 3 servis direct telah merancakkan semula pertandingan… Pada perlawanan akhir telah menemukan pasukan Negara kita MALAYSIA menentang THAILAND untuk kategori lelaki dan THAILAND vs VIETNAM untuk akhir wanita…

Bagi Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menumpaskan Singapura 3-0 pada perlawanan separuh akhir dengan kiraan mata 15-7, 15-13 dan 15-4… Malaysia akan menemui musuh tradisi Thailand pada peringkat akhir setelah skuad Gajah Putih menang 3-0 terhadap Myamar di separuh akhir… Manakala impian skuad sepak takraw wanita kebangsaan untuk ke mara final berkecai berikutan kekalahan 3-1 kepada Vietnam di peringkat separuh akhir dengan kiraan mata 1-3 iaitu 5-15, 12-15, 4-15 dan 11-15 dan Vietnam menemui Thailand di peringkat akhir…

Pada perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand telah menyaksikan Malaysia sekali lagi tewas dengan mush tradisinya itu dengan kiraan mata 3-0 iaitu 15-4, 15-6 dan 15-11… Walaupun bermain di tempat sendiri, namun itu tidak memberi sebarang kelebihan kepada pemain pemain Malaysia kerana 2 set awal memperlihatkan betapa banyak kepincangan olrh regu negara kerana umpama terlalu gugup dan serba tak menjadi apabila menentang Thailand… Mata-mata mudah dikutip regu lawan apabila tekong Negara banyak melakukan servis yang tak menjadi dan sangkut di jaring…

Walaupun pertukaran tekong dilakukan squad Negara namun tidak mampu membuat apa-apa kerana sering juga lakukan kesalahan pada servis… Killer dan apek kiri juga tak mampu membuat apa-apa untuk memberikan saingan kepada lawan apabila hampir setiap libasan dapat dijawab dan blok-blok pula tak berjaya melawan libasan Thailand… Permain Malaysia keseluruhannya  seperti tidak bermaya dan keletihan semasa perlawanan tersebut tidak seperi semangat yang mereka ada semasa membenam Singapura di separuh akhir…

           Pada pusingan terakhir, barulah corak Malaysia meningkat dengan menunjukkan semangat juang tinggi dan memberikan saingan pada lawan, namun bergitu semuanya sudah terlambat apabila Thailand mengutip mata terakhir dan menutup terus perjuangan skuad Malaysia… Manakala pada peringkat akhir wanita menyaksikan Thailand menang terhadap Vietnam dengan kiraan mata 3-0 15-7, 15-12 dan 15-9…

DIHARAPKAN SKUAD SEPAK TAKRAW MALAYSIA DAPAT MEMPERBAIKI SEGALA DAN KELAMAHAN  AGAR MEREKA DAPAT MEMBERI KEJAYAAN MEMBANGGAKAN KEPADA MALAYSIA DI MASA DEPAN, TERUTAMA PADA SUKAN SEA INDONESIA… INSYAALLAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE