WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Sunday, July 24, 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-53 (Akhir)

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah mencatat satu lagi kegembiraan dan sejarah kepada Malaysia dalam pertandingan ini apabila Qari dan Qariah dari Malaysia iaitu AMIRRAHMAN ABAS (Qari) dan SURAYA ABU HASSAN (Qariah) telah dinobatkan sebagai johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa yang berakhir semalam (23/07/2011)… Pertandingan yang berlangsung selama lapan hari dari 16/7/2011 sehingga semalam telah berjaya mengumpulkan 81 peserta dari 50 negara yang berbeza…

 

            Amirrahman telah berjaya memperoleh markah sebanyak 89.26 peratus untuk meninggalkan Qari dari Filipina, Saudi M Gandisa (88.67 peratus) di tempat kedua dan Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dari Mesir di tempat ketiga dalam ketegori Qari… Manakala dalam ketegori Qariah, Qariah Negara, Suraya, berjaya mendapat 88.33 peratus untuk dinobatkat sebagai juara meninggalkan Noor Khalidah Anwar(88.30 peratus) dari Indonesia dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus) masing-masing muncul sebagai tempat kedua dan ketiga…

            Dengan kemenangan Qari dan Qariah dari Malaysia, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200 serta piala iringan dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah…

            Semoga pertandingan serupa ini akan diadakan lagi pada tahun depan agar dapat menarik minat orang ramai terutama jenerasi muda Malaysia (muslimin dan muslimat) untuk lebih mendalami segala isi kandungan Al-Quran serta mengetahui segala rahsia dan mukjizat yang ALLAH S.W.T. berikan Al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan panduan kehidupan kita di Dunia dan Akhirat…  InsyaALLAH!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE