WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Thursday, July 21, 2011

MALAYSIA (Harimau Malaya) vs EPL CLUBS

MALAYSIA vs ARSENAL (13/07/2011)


Barisan Permain Malaysia bermain secara baik bagi pendapat aku Cuma kelemahan bahagian serangan seperti langsung tidak boleh masuk ke dalam kotak penalti Arsenal…Namun pujian harus diberi kepda barisan tengah Malaysia yg berjaya mengawal jentera tengah dengan baik menyebakan Arsenal lebih terarah menyerang dari kiri dan kanan pintu gol… Yang sedihnya adalah gol pertama  melalui kesilapan mudah dengan memberi penalty apabila permain Arsenal dijatuhkan dalam kawasan penalty. Dan Arsenal menujukkan permainan kelas dunia dgn mengawal terus sepanjang permainan 90minit…

JARINGAN (minit)
5    => Ramsey (Penalti)
37  => Theo Walcot
58  => C. Vela
90  => T. Rosicky


MALAYSIA vs LIVERPOOL (16/07/2011)



            Kita boleh nampak peningkatan permainan daripada skuad Malaysia apabila melawan Liverpool berbanding Arsenal tempoh hari… Bahagian serangan dan tengah dikemudi oleh Safiq Rahim sebagai kapten bergitu baik sekali, namun kesilapan daripada pertahanan membiarkan 4 gol mudah kepada pihak lawan terutama 2 gol dari Ngog dan satu dari Kuyt dan seperti biasa gol pertama Liverpool hasil kekasaran permain Malaysia dalam kotak penalty dan menghadiahkan penalti… Namun gol kelas dunia daripada Kapten Malaysia menerusi sepakan percuma telah menyebabkan permain Liverpool tergamam… Permainan kelas dunia juga ditunjukkan oleh pemain Malaysia apabila gandingan terbaik Malaysia dibawa masuk iaitu Amirul Hadi Awang dan Safee Sali merubah corak permainan Malaysia…

JARINGAN (minit)
26  => C. Adam (Penalti)                   79  => Safee Sali
42  => Safiq Rahim                             81  => Safee Sali
58  => Ngog                                        91  => Maxi Rodriguez
69  => Ngog                                        93  => D. Kuyt
74  => Maxi Rodriguez


PILIHAN MALAYSIA XI vs CHELSEA (21/07/2011)

 

            Permainan terbaek dari pilihan Malaysia telah ditunjukkan hasil gabungan permain legend dan baru antara bekas permain Malaysia, permain yg tak dipanggil skuad Negara seperti Jusoh Kalang T, dan Permian Harimau Muda(Olimpik)… Bagi aku permain terbaek adalah Farizal Marlias dan Zamani Misbah mmg menjaga barisan akhir Malaysia dengan bagus dan berjaya menghalang segala asakan Chelsea dan menjaga gawang gol dari dibolosi pihak lawan… Barisan hadapan Negara juga amat bagus walaupun susah memasuki kawasan Chelsea namun kadang kala apabila counter attack dilakukan boleh menggerunkan barisan pertahanan Chelsea terutama Separuh Masa Kedua… Namun bergitu, ketahanan barisan Negara digugat pada minit ke 80 hasil jaringan D. Drogba walaupon sebenarnya bola tidak masuk sepenuhnya melepasi garisan namun pengadil garisan dari Malaysia sendiri menyatakan bola sudah masuk…. Walaupon tahniah kepada Gol Keeper kedua iaitu Tarmizi mmg nasib anda tidak baik… dan itulah satu-satunya gol pada perlawanan malam ini… 


TAHNIAH KEPADA SEMUA PERMAIN MALAYSIA DAN JUGA PILIHAN MALAYSIA YANG BERJAYA MEMBERI TENTANGAN KEPADA PIHAK LAWAN YANG JAUH LEBIH HEBAT DARI KITA…

DAN SEMOGA BERJAYA MENENTANG SINGAPURA (23 Julai 2011 / 28 Julai 2011) UNTUK PERLAWANAN PRA PIALA DUNIA 2014 DAN MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA TEAM MALAYSIA… INSYAALLAH

 

3 comments:

Anonymous said...

pkcik.. meh join..
http://somebodypeace.blogspot.com/2011/07/qistina-1st-ga.html

Mr.MSD said...

hehe, terbaek, lol

Army_Rules said...

hahahahaa...biasa biasa saja baru belajar namanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE