WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Thursday, July 21, 2011

NAIB CANSELOR UniMAP WAKILI IPTA TERIMA DANA PENYELIDIKAN RM 99 JUTA

18 Julai 2011, PUTRAJAYA – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin, hari ini mewakili 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia untuk menerima Skim Dana Penyelidikan Fundamental (FRGS) bernilai RM99 juta.   Majlis penyerahan cek dana berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Putrajaya.  
        
        Turut hadir, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Ab. Rahim Mohd. Noor dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Dato’ Prof. Dr Rujhan Mustaffa.   Prof. Dr. Kamarudin berkata, dana berkenaan akan diagih-agihkan di kalangan IPTA di seluruh Malaysia bagi menjalankan lebih banyak penyelidikan yang mampu memberikan impak kepada masyarakat sekali gus meningkatkan ekonomi negara.   “Terima kasih di atas keperihatinan kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha melahirkan lebih ramai penyelidik di Malaysia,” ujarnya.   FRGS merupakan antara empat dana yang telah diluluskan oleh Kerajaan untuk diuruskan oleh KPT bagi menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan penyelidik. Tiga lagi dana yang diluluskan ialah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Exploritary (ERPS).   Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, secara keseluruhannya, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10), kerajaan telah meluluskan dana bernilai RM741 juta dalam usaha memajukan sektor penyelidikan dan inovasi.   “Jumlah peruntukan itu merupakan peningkatan 260% lebih tinggi daripada jumlah yang diperuntukkan di dalam RMK Ke-9,” ujar beliau.  

             Pada majlis berkenaan juga, Mohamed Khaled turut menyampaikan geran LRGS kepada lima universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.   Kelima-lima universiti terbabit akan menjalankan penyelidikan dengan kerjasama IPTA lainnya di Malaysia merangkumi bidang-bidang penyakit berjangkit; keselamatan, tenaga dan air; pemanasan global; teknologi, komunikasi dan informasi; keselamatan makanan dan perubatan termaju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE