WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Sunday, July 31, 2011

MANUSIA, RAMADHAN, DAN KELALAIAN


ADAKAH BETUL IBLIS DAN SYAITAN DIIKAT KITA SELAMAT???

“Tuan jangan lah risau akan manusia, kami akan menjaga dan teruskan kerja kerja kita untuk menghasut serta melalaikan manusia dan meneruskan membawa sahabat serta pengikut sebagai peneman Tuan-Tuan kelak di Neraka Jahannam nanti, Tuan-Tuan semua pergilah bercuti selama sebulan dulu dan nanti kami akan bawakan khabar berita gembira kepada tuan tuan sekalian dan nanti kita berkerjasama lagi”… nie adalah pesanan Nafsu kepada Tuan Iblis dan Syaitan sehari sebelum 1 Ramadhan...

Walaupun syaitan dan iblis diikat namun kita perlu melawan dengan nafsu kita sendiri dari terjebak dengan kancah pendosaan dan kelaknatan ALLAH... Antaranya apabila nafsu menguasai diri terutama semasa kita membeli belah untuk juadah berbuka, kekadang kita membeli lebih dari apa yang diperlukan dan sifat tamak dan keinginan bermacam-macam itulah menyebabkan kita selalu dalam kerugian… ALLAH membenci hamba-NYA yang selalu tamak haloba dan membazir…

Selain itu, apabila nafsu mengusai diri yang sering terjadi pada zaman sekarang meyebabkan  manusia lalai dan lupa untuk melakukan ibadat yang dituntut-NYA terutama di bulan Ramadhan dengan 1001 juga alasannya seperti penat dan letih berpuasa, tiada masa sebab alpa dengan duniawi dan kekadang terus tidak berpuasa kerana mengangap puasa itu hanyalah puasa dan memenatkan sahaja…
 
             Pelbagai ragam manusia apabila nafsu dan IMAN yang lemah menguasai diri dan melupakan 1001 keberkatan RAMADHAN.. Jadi apakah usaha kita nak melawan nafsu sendiri yang tanpa bantuan oleh hasutan Iblis dan Syaitan selama sebulan di Ramdhan.... Adakah kita berjaya atau kita tertewas dengan Nafsu kita sendiri...

TEPUK DADA TANYA IMAN....
WASALAM…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE