WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Saturday, July 23, 2011

HARIMAU MALAYA vs SINGA BESAR



            Perlawanan yang bermula tepat pada pukul 7.30 petang bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura, perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil bagi Zon Asia menyaksikan perlawanan pusingan kedua perlawanan pertama antara SINGAPURA vs MALAYSIA dengan perlawanan berakhir Singapura menang 5-3 terhadap MALAYSIA…

            Pada separuh masa pertama, sudah menunjukkan betapa hebatnya Permain Malaysia bergelar Super Mokh Clone iaitu Safee Sali yang meledak gol pertama perlawanan, namun bergitu seperti biasa kealpaan serta kelalaian permain pertahanan Malaysia menyebabkan 4 gol mudah diberikan kepada lawan… barisan pertahanan yang rata-rata permain Olimpik Harimau Muda iaitu Fadzli Shas, Muslim Ahmad dan Marhali J. serta Assaruddin Putra Omar dan Sharbinee Alawee(penjaga gol) seperti mudah memberi peluang kepada permain Singapura memasuki pertahanan Malaysia dan menjaringkan gol…

            Pada separuh masa kedua, baru menunjukkan masa kedua terlalu muda untuk Kapten Malaysia iaitu Safiq Rahim menerima layangan kad merah kerana terjahan kasar yang tidak sepatutnya berlaku ke atas permain Singapura. Namun bergitu, perubahan drastic dilakukan oleh Dato K RajaGopal dengan memasukkan Abdul Hadi Yahya dan Amirul Hadi Awang yang bergandingan dengan Safee Sali telah merancakkan perlawanan dan menjaringkan gol untuk merapatkan jurang gol (4-3)… Namun bergitu masa hanya tinggal 10 minit sebelum berakhir, kesilapan dan kealpaan pertahanan membawa padah dengan Singapura menjaringkan gol kelima…

            Dengan perbezaan 2 gol saya percaya Malaysia mampu melakukan sesuatu di Stadium Bukit Jalil, Malaysia untuk membawa kemenangan mutlak kepada skuad Harimau Malaya melangkah pusingan seterusnya… Namun banyak benda perlu dilakukan oleh skuad Harimau Malaya terutama kelemahan barisan pertahanan dan memantapkan kembali barisan hadapan dengan kehebatan seperti Safee Sali, Abdul Hadi Yahya, Amirul Hadi, Gunalan, Amar Rohidan dan juga Norshahrul Idlan hasil apa yang mereka lakukan pada malam ini terutama separuh masa kedua yang memberi impak besar kepada pasukan Malaysia…

Dengan perlawanan kedua berlangsung dengan keadaan padang rumput yang sebenar berbanding Singapura yang memang sudah mahir dengan karpet tiruaan dan agak lemah padang rumput sebenar serta kelebihan 3 gol tempat lawan akan memberi banyak kelebihan kepada Permain Malaysia… Ayuh, Marilah penyokong Malaysia kita membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28/07/2011 dan teruskan menyokong dan memberikan semangat kepada PERMAIN MALAYSIA, SQUAD HARIMAU MALAYA…

MALAYSIA BOLEH, MALAYSIA BOLEH, MALAYSIA BOLEH
HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM!!!
BERJUANG UNTUK NEGARA!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE