WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Monday, July 18, 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-53


JANGAN LUPA, marilah Muslimin dan Muslimat sekalian untuk menyaksiakan Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang kini sedang hangat berlangsung di :

                            Tempat            :           Putra World Trade Centre (PWTC)
                            Tarikh              :           16 – 23 Julai 2011
                            Masa               :           8.55 – 11.30
                            Siaran              :           Astro Oasis / RTM TV1

            Pertandingan ini telah mengumpulkan Qari dan Qariah dari seluruh dunia untuk menyampaikan kandungan Al-Quran dengan gaya tersendiri dan juga syarat yang ditetapkan oleh para juri professional dan pertandingan… di samping kita boleh mendengar alunan suara dari Qari dan Qariah kita boleh mengambil kesempatan ini untuk menarik minat kita terutama jenerasi muda Malaysia(muslim dan muslimat) untuk lebih mendalami isi kandungan dan  mengetahui segala rahsia Al-Quran yang merupakan panduan kehidupan kita di DUNIA dan AKHIRAT serta mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.… 
 

 

            Sebelum ini, Qari dari Mesir iaitu HANI ABDEL AZIZ AHMAD dan Qariah dari Pakistan SAMIA KHANAN telah dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52… Hani mengumpul 91.46 selaku johan dengan meninggalkan tempat kedua iaitu qari dari Malaysia Wan Ainuddin Abdullah dan memenangi AS$ 10,000(RM31,975) sebagai johan manakala Samia berjaya mengenepikan qariah dari Brunei Dayang Nurfaezah Emran muncul naib johan Qariah.

SIAPAKAH QARI DAN QARIAH YANG MEMENANGI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-53… SAMA SAMA KITA SAKSIKAN… INSYAALLAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE