WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Saturday, July 16, 2011

RAGAM MANUSIA DIDALAM LRT DARI PLAZA RAKYAT KE SUNGAI BESI... MASYAALLAH


            Setelah sampai ke Stesen Bas Puduraya yang baru, aku pun menaiki LRT dari stesen Plaza Rakyat yang berdekatan di situ dan menuju ke Stesen LRT Sungai Besi untuk pergi ke rumah Abang Ipar dan Kakak Sulong aku yang kini duduk di Kem Tentera Sungai Besi… Harga tiket dari Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Sungai Besi adalah berharga RM 1.70 dan aku rasakan amat berpatutan… Dari Plaza rakyat akan aku melalui lebih kurang 6 stesen lagi sebelum sampai ke destinasi yang di tuju dan sekarang jam menunjukkan masa lebih kurang pukul 5.35 petang…

            Setelah menunggu LRT lebih kurang 10 minit aku pon menaiki LRT yang menuju ke Sri Petaling… Seperti diketahui ramai terdapat 2 laluan LRT yang salah satunya menuju ke Sentul dan satu lagi mempunyai 2 persimpangan iaitu satu ke Ampang dan juga ke Sri Petaling… Dalam masa 10 minit aku menunggu sudah 4 LRT yang melalui di stesen tersebut iaitu 2 menghala ke Sentul dan 2 lagi haluan sebaliknya… Sebelum itu sudah ada LRT yang menghala terus ke Sri Petaling namun aku mendapati orang di dalam LRT tersebut amat ramai sehingga bersesak antara satu sama lain tetapi yang menghairankan aku walaupon terlalu sesak orang ramai masih mahu masuk lagi…

            Aku tidak hairan mengapa manusia begitu ramai yang mahu menaiki LRT kerana sekarang pon masa sudah menunjukkan hampir 5.45 petang dan masa-masa bergini adalah masa Kuala Lumpur sibuk dan sesak selain masa pagi di antara pukul 7-9 pagi dan masa petang adalah antara 5-9 malam adalah masa untuk orang berkerjaya habis waktu kerja dan juga budak-budak sekolah tamat sesi persekolahan… Jadi masa di stesen Plaza Rakyat terdapat pelbagai bangsa Malaysia tanpa mengira peringkat umur sedang menanti LRT untuk pergi ke destinasi yang mereka tuju… 

            Setelah aku masuk ke LRT aku mencari “port” yang paling belakang sekali dan berdiri sambil bersandar serta melihat kepelbagaian ragam manusia di sana… Bukan apa, aku suka berdiri dibelakang sekali kerana mengelak dari kesesakan manusia yang menghimpit antara satu sama lain dan juga mengelak dari tersentuh wanita yang bukan muhrim… Apabila LRT sampai di setiap stesen ramai yang masuk ke dalam LRT yang aku naiki walaupon dalam LRT tuh sudah agak penuh dan sesak dengan orang ramai mereka yang lain masih masuk dan berhimpit antara satu sama lain…

Namun bergitu yang aku pelik adalah bukan lelaki sahaja malah wanita seperti tanpa segan silu berhimpit antara satu sama lain yang berlainan jantina dan rasanya mereka bukan muhrim… Pada pandangan aku mustahil lah kalau mereka tidak tersentuh diantara satu sama lain antara lelaki dan wanita… Kalau non-muslim tuh aku boleh terimanya lagi kerana mereka tidak faham apa itu perbatasan yang kita belajar dan diajar di dalam ISLAM tetapi ini ada yang MELAYU yang ternyata mereka juga beragama ISLAM…

Dimanakah SIFAT MALU manusia tidak kira lelaki mahupon perempuan??? Dimanakah PERBATASAN JANTINA yang ISLAM terapkan dalam kehidupan umatnya??? Dimanakah sifat KEMELAYUAN atau KETIMURAN yang kita pegang??? Adakah semua itu sudah lupus dalam masyarakat sekarang terutama masyarakat Bandar metropolitan Kuala Lumpur… Entah laaa… Tapi aku pernah menanyakan sahabat aku yang belajar di Kuala Lumpur dan biasa dengan kehidupan di Kuala Lumpur… Dia menyatakan mereka semua mengejar masa kerana masa itu emas dan masyarakat di Kuala Lumpur perlu dan sentiasa mengejar masa tersebut… Pada pendapat aku, takan lah manusia mengejar masa sampai lupa akan dosa dan pahala mahupon akhirat syurga atau neraka… Hmmm hanya kita sendir saja yang perlu memikirkannya dan TEPUK DADA TANYA IMAN…

Pada masa yang sama, semasa di atas LRT tersebut ada satu pasangan berbangsa CINA (bukan aku  nak tunjukkan perkauman, namun kejadian berlaku antara mereka (Cina) dan kalau kejadian berlaku terhadap bangsa lain pon aku akan tulis juga. Cuma aku lagi kutuk kaw kaw kalo orang tersebut bangsa Melayu dan beragama Islam)… Kejadian itu berlaku apabila LRT menghampiri ke stesen Bandar Tasik Selatan, pasangan tersebut MEMELUK antara satu sama lain dan juga lelaki tersebut MENCIUM perempuan Cina tersebut tanpa segan silu terhadap orang ramai yang terdapat di dalam LRT tersebut… Mereka melakukan aksi tersebut dengan begitu ghairah dan tidak menghiraukan masyarakat yang lain yang aku rasa lebih ramai Melayu… Namun tiada seorang pon mahu menegur mereka, aku mahu menegur mereka namun jarak mereka dengan aku agak jauh dan dipisahkan dengan orang ramai di depan aku dan susah untuk sampai kepada mereka dan aku juga rasa kalau aku dekat pon aku masih belum tahu aku mampu menegur atau tidak…

Setelah sampai di Stesen Bandar Tasik Selatan, mereka pon berpisah kerana wanita Cina tersebut turun di stesen tersebut namun sebelum itu satu kucupan terakhir lelaki Cina tersebut hinggap di 3 tempat di muka iaitu dua di pipi kanan dan kiri dan satu di dahi… Aku hanya mampu perhati mereka sahaja tanpa membuat apa-apa hanya beristifar di dalam hati dan itu adalah selemah-lemah iman… MASYAALLAH… Selepas itu, aku pon turun ke destinasi aku iaitu Stesen Sungai Besi yang merupakan stesen berikutnya selepas Bandar Tasik Selatan… Setelah itu, aku pon diambil oleh kakak aku dan 2 anak buah aku sana dan masa juga menunjukkan sudah lewat pukul 6.30 lebih…. Tapi persoalannya :

DIMANAKAH ADAT KETIMURAN
DIMANAKAH ADAT KEMELAYUAN
DIMANAKAH BATAS PERGAULAN ISLAM
DIMANKAH DOSA DAN PAHALA
DIMANKAH RASA MALU
????????????

7 comments:

anyeL said...

di sini sy ingin mengatakan.. bukan mereka sndiri mahu brhimpit sedemikian... tp keadaan mmaksa.. lau xbrhimpit brkebarangkalian untk dimarah sgt la besar... glgn wanita sbnarnye da cbe sdaya upya tuk mgelak smua ni... n one more thing don't judge people by cover....
bila da keje kat sini anda akn tahulah keadaannyer.... sory 4 the comment.. jz wanna give my opinion...

Army_Rules said...

ok saja... cuma... kesabaran kan boleh... kalo dah sempit tuh jgn laaa masuk lagi... tapi kalo dah ada dalam tuh aku consider laaa sket

Army_Rules said...

lagi satu sbb tuh saya daaa kata sbb nak kejar masa dan kemewahan... kebanyakannya lupa akanya.... dan aku tak maksudkan perempuan saja lelaki juga...

erniemusliana said...

mmg macam tu. kalau lambat lagi susah. biase balik keje around 5, then nak masak keje uma ape lagi. dorg have too. :) aku pnah ase. kalo org raba cucuk die dgn pin atau stare at him. bg kitorg mmg normal.

Army_Rules said...

ahhahahhaaa... betul betul.... bukan apa... harapkan kalo ada org besa besa baca mengenai isu ini dapat membuat sesuatu mcm KTM buat gerabak Merah Jambu untuk wanita sahaja... aku bukan kejam sgt kekadang kesian gak kat wanita... sbb tuh aku tulis umum tak salahkan wanita bulat bulat...

anyeL said...

alah.. gerabak ladies only pom.. lelaki masuk jugak.... lau x buat cmtu.. confirm2 xdpt blik.. dah stu xdpt blik.. solat pom ntah kemana.. lau x kejar komuter tu.. trutama maghrib...

Army_Rules said...

solat di Masjid berdekatan surau berdekatan.... atau sembahyang saja di Pejabat....lagi baik kalo dah tahu itu berdosa...lagi baik solat siap2 bila pulang rumah tak payah fikir solat lagi boleh terus buat kerja rumah.... dan sembahyang kalo kalut kalut disebabkan lewat kushuknya kurang.... solat terlebih dahulu itu lebih baik... NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH... TEPUK DADA TANYA IMAN....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE